picture

News

 

KURSUS FALAK SYARIE 1432H/2011M

Posted on 14 Oct 2011

Picture

Kursus Falak Syarie Tahun 1432H/2011M

Kursus Falak Syarie telah berlangsung selama dua hari bermula pada 29 - 30 Syawal 1432H bersamaan 27 - 28 September 2011M (Selasa-Rabu) bertempat di Auditorium, Lembaga Pelabuhan Bintulu. Seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai focal kiblat di Jabatan Agama Islam Sarawak, penjawat awam dan masyarakat sekitar Bintulu telah menghadiri kursus tersebut,  yang telah dirasmikan majlis penangguhannya oleh Yang Berhormat Datuk Ir. Haji Daud b Abdul Rahman, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) dan Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur Sarawak.

Dalam kursus tersebut sebanyak 8 (lapan) kertas kerja telah pun dibentangkan iaitu:-

  1. Pembentukan Taqwim Hijrah dan Penetapan Puasa Ramadhan, Hari Raya Aidilfitri & Aidiladha dan Penentuan & Hitungan Waktu Solat serta Konsep Zon Waktu oleh YBhg. Dr Azhari b Mohamed, Pengarah Seksyen Geodesi, Pegawai JUPEM Kuala Lumpur.
  1. Kaedah dan Teknik Penentuan Arah Kiblat 1 & 2 oleh Ustaz Faizal b Jani, Pegawai Falak, Jabatan Mufti Negeri Perak.
  1. Pengenalan kepada Penggunaan Teleskop dan Total Station, Kaedah dan Teknik Rukyah Hilal menggunakan Teleskop dan Teleskop dan Praktikal Rukyah Hilal Zulkaedah 1432 Hijrah oleh Encik Wan Kamel b Wan Hussain, Pegawai JUPEM, Kuala Lumpur.

Selain Majlis Perasmian dan Penangguhan, turut dilancarkan Kod Etika Kerja Pejabat Mufti Negeri Sarawak yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Ir. Haji Daud Abdul Rahman. Di sebelah petangnya, Yang Berhormat Datuk turut berkesempatan untuk melakukan praktikal cerapan hilal bulan Zulkaedah yang diadakan di Menara Kidurong, Lembaga Pelabuhan Bintulu, Sarawak. Majlis tersebut juga turut disertai oleh Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datu Haji Putit bin Matzen, Sahibus Samahah Tuan Haji Kipli b Haji Yassin Mufti Negeri Sarawak, Ustaz Mual bin Haji Suaud, Ketua Penolong Mufti, Ustaz Haji Zamrus bin Buang, Pegawai Agama Islam Bahagian Bintulu dan ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua masyarakat setempat.

Oleh: Ustaz Mohammad Fauzi bin Hairani

(Bahagian Falak, Pejabat Mufti Negeri Sarawak)



© Hak Milik Jabatan Mufti Sarawak
Last Updated On 08 Apr 2024

Waktu Pejabat

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tengah hari
2.00 petang - 5.00 petang

Jumaat
8.00 pagi - 11.45 pagi
2.15 petang - 5.00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Tutup
picture Undian
picture Pengumuman