Berita

 

BENGKEL PEMERIKSAAN DAN PELUPUSAN ASET ALIH KERAJAAN

Disiarkan pada 11 Mar 2021

 

     

Antara kakitangan yang terlibat di dalam bengkel ini.

 

Jabatan Mufti Negeri Sarawak (JMNS) telah menganjurkan Bengkel Pemeriksaan dan Pelupusan Aset Alih Kerajaan pada 10 hingga 11 Mac 2021 di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK). Bengkel ini dihadiri oleh beberapa orang pegawai JMNS yang terdiri daripada Data Entry Aset, Verify, Pegawai Aset, Pegawai Pemeriksa Aset dan Lembaga Pemeriksa Aset. Bengkel ini adalah kesinambungan daripada Bengkel Pengurusan Aset Alih Kerajaan yang telah diadakan pada tahun sebelumnya.

Bengkel ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada kakitangan JMNS yang terlibat di dalam pengurusan aset alih tentang prinsip-prinsip asas dan kaedah-kaedah pemeriksaan dan pelupusan aset alih kerajaan sebagaimana ditetapkan dalam Pekeliling Perbendaharaan (Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan) dan peraturan-peraturan berkaitan. Peserta juga dapat meningkatkan kemahiran dalam memproses dan aktiviti dalam pengurusan aset dan memberi kesedaran tentang pentingnya pengurusan aset alih yang cekap dan teratur.

Diharapkan agar pegawai JMNS yang menghadiri bengkel ini dapat mengaplikasi pengetahuan yang diperolehi dalam meningkatkan kecemerlangan pengurusan aset alih kerajaan dan berupaya mengurus serta memantau penggunaan aset kerajaan secara sistematik di JMNS.



© Hak Milik Jabatan Mufti Sarawak
Kemas Kini Terakhir Pada 16 May 2024

Waktu Pejabat

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tengah hari
2.00 petang - 5.00 petang

Jumaat
8.00 pagi - 11.45 pagi
2.15 petang - 5.00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Tutup