picture

News

 

Perkembangan Ilmu Falak di Malaysia

Posted on 12 Nov 2010

Kedatangan dan perkembangan ilmu falak di Malaysia adalah serentak dengan kedatangan Islam.

Sejarah kedatangan Islam di Tanah Melayu (ketika itu) jika dirujuk kepada peristiwa Batu Bersurat Terengganu dan kedatangan Sheikh Abd. Aziz an-Nayyiri ke Melaka membuktikan bagaimana ilmu falak difahami oleh masyarakat Melayu melalui perkembangan Islam.

Menurut risalah Jabatan Mufti Negeri Selangor (Bahagian Falak), semasa datang ke pantai Melaka, Sheikh Abd. Aziz dan rombongan menunaikan solat asar seusai mendarat.

Ini bermakna, tentulah mereka menggunakan pengetahuan ilmu falak untuk menentukan masuknya waktu asar dan arah kiblat.

Sementara itu, salah seorang tokoh ulama dan ahli falak tersohor negara dan nusantara ialah Allahyarham Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin al-Falak al-Azhari (1869 - 1956).

Beliau banyak menulis kitab ilmu Islam dan karyanya yang terpenting dalam bidang falak adalah Natijatul 'Umur (1936), Pati Kiraan (1938) dan Nukhbat al-Taqrirat (1939).

Kitab Pati Kiraan disifatkan manuskrip Melayu teragung kerana ia menghuraikan kaedah pengiraan waktu solat dan arah kiblat menggunakan logaritma dan penggunaan kaedah moden.

Bagi mengenang sumbanganya, kerajaan Pulau Pinang menamakan pusat cerapan di Pantai Aceh sebagai Pusat Falak Sheikh Tahir.

Sumber: Utusan Malaysia, Khamis 11 November 2010



© Hak Milik Jabatan Mufti Sarawak
Last Updated On 25 Apr 2024

Waktu Pejabat

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tengah hari
2.00 petang - 5.00 petang

Jumaat
8.00 pagi - 11.45 pagi
2.15 petang - 5.00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Tutup