Irsyad

Kaedah bersuci bagi air mazi

IsuSaya mengalami masalah air mazi yang kerap keluar. Oleh sebab itu, saya ingin mengetahui cara bersuci bagi masalah tersebut apabila hendak menunaikan solat, mohon penjelasan?
Penjelasan 
Mazi ialah cecair jernih yang keluar pada permulaan atau semasa terangsang syahwatnya dan termasuk dalam kategori najis. Seseorang yang mengalami masalah ini hendaklah menyucikan diri mengikut cara yang ditetapkan oleh syarak. Ini berdasarkan riwayat Saidina Ali Radiallahu anhu:
كُنْتُ رَجُلًا مَذَّاءً فَاسْتَحْيَيْتُ أَنْ أَسْأَلَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَمَرْتُ المِقْدَادَ بْنَ الأَسْوَدِ فَسَأَلَهُ فَقَالَ: (فِيهِ الوُضُوءُ)  وَلِمُسْلِمٍ: يَغْسِلُ ذَكَرَهُ وَيَتَوَضَّأُ
 
Maksud:Aku adalah seorang lelaki yang sentiasa keluar mazi, dan aku berasa malu untuk bertanya kepada Rasullullah Sallallahu alaihi wassallam; Aku menyuruh Miqdad bin al-Aswad menanyakannya, maka baginda menjawab: Dia hendaklah berwuduk. (Dalam riwayat Muslim(; dia hendaklah membasuh zakarnya dan berwuduk.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari, 132 dan Muslim, 303)
 
Hadis di atas mengajarkan cara bersuci secara umum untuk mereka yang berhadas seperti kencing tidak lawas dan mazi yang keluar berterusan. Justeru itu, cara bersuci bagi mereka yang mengalami masalah mazi sebelum solat ialah:
  1. Hendaklah bahagian kemaluan dibersihkan terlebih dahulu kemudian ditutup, dibalut, atau ditampal dengan sesuatu yang dapat menahan najis (mazi) daripada keluar.
 
  1. Hendaklah berwuduk dengan segera setelah dibalut atau ditutup dan wuduk tersebut perlu diambil selepas masuk waktu solat.
 
  1. Hendaklah berwuduk bagi setiap solat fardu. Walau bagaimanapun, wuduk tersebut boleh digunakan untuk beberapa solat sunat selepas solat fardu.
  2. Hendaklah segera menunaikan solat selepas berwuduk untuk mengurangkan keluarnya najis (mazi) dan sekiranya dilewatkan atas sebab maslahah maka ia tidak membatalkan wuduk.
 
  1. Hendaklah menggantikan balutan dengan yang baharu setiap kali memperbaharui wuduk. Wuduk juga terbatal sekiranya berlaku perkara-perkara lain yang membatalkan wuduk seperti kentut.
 
Oleh yang demikian, cara bersuci yang telah dinyatakan ini adalah meliputi kepada golongan yang sentiasa mengalami penyakit seperti kencing tidak lawas dan wanita istihadah (darah penyakit) serta mazi yang berterusan.
PautanPENJELASAN HUKUM (7).pdf


© Hak Milik Jabatan Mufti Sarawak
Last Updated On 31 Mar 2026

Waktu Pejabat

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tengah hari
2.00 petang - 5.00 petang

Jumaat
8.00 pagi - 11.45 pagi
2.15 petang - 5.00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Tutup
image Pengumuman