| Isu | Assalamualaikum tn,nak tanya, apa hukum saham bitcoin?sy masih keliru berkaitan hukum saham bitcoin |
| Penjelasan | Jawapan: Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah subhanahu wataala. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat. Berdasarkan persoalan di atas, Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke-36 yang bersidang telah memutuskan Hukum Berkenaan Mata Wang Kripto (Cryptocurrency) adalah seperti berikut: Harus digunakan untuk menjalankan urus niaga sama ada bagi tujuan pelaburan, perdagangan dan aset simpanan sekiranya memenuhi parameter berikut: 1. Urus niaga hendaklah dilakukan melalui platform pertukaran mata wang digital berlesen yang dilulus dan dikawal selia oleh pihak berautoriti sahaja. 2. Pengguna hendaklah mempunyai pengetahuan yang jelas mengenai perkara berikut: i. jenis, ciri-ciri utama dan risiko berkaitan mata wang digital; ii. kaedah untuk memperolehi mata wang digital dan di mana ia perlu disimpan untuk memastikan keselamatannya; iii. peraturan yang ditetapkan oleh platform pertukaran mata wang digital; dan iv. undang-undang dan peraturan yang berkaitan mata wang digital. 3. Mata wang digital tidak boleh digunakan sebagai bayaran kepada barangan, perkhidmatan dan aktiviti yang tidak patuh Syariah seperti pembelian dadah, pelacuran, perjudian dan penyaluran dana bagi aktiviti keganasan serta penggubahan wang haram; dan 4. Menerima keputusan Security Comission (SC) sebagai komoditi dan tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. Wallahua’lam. |
| Pautan | IMG_5697.png IMG_5698.png IMG_5699.png PENJELASAN HUKUM (JMS20240122-001).pdf |