| Isu | Redbubble adalah satu laman dimana artists (pelukis2) menjual barang barang seperti mug, sticker magnet dan sebagainya. Seller akan mengupload art/hasil seni mereka pada laman tersebut dan hasil seni ini boleh diletak pada barang2 yang dijual oleh company Redbubble. Komisyen diberikan kepada artist2. Dalam kata lain, Redbubble merupakan 3rd party dalam jual beli ini. Contohnya, pembeli memilih untuk membeli mug yang adanya gambar yg diupload oleh seseorang artist pada kedai online Redbubble mereka, maka, barulah pihak Redbubble akan print hasil seni tersebut pada mug dan menjual serta menghantar kepada pembeli. Beberapa peratus daripada harga mug akan menjadi komisyen kepada artist. Redbubble https://www.redbubble.com/ Adakah jual beli ini boleh dari segi syarak? Atau adakah ia termasuk dalam 'menjual barang yang tidak ada'? Terima kasih. |
| Penjelasan | Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi Wasallam, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.
Penggunaan internet merupakan alternatif baru dalam urusan perniagaan (e-dagang) pada hari ini dan penggunaannya sangat efisien kerana penjual tidak memerlukan ruang yang tertentu, serta tidak terikat dengan masa. Pembeli juga dapat menjimatkan masa, malah boleh membuat pembelian tanpa mengira masa dan tempat. E-dagang dapat menginterpretasikan jual beli dalam bentuk pasaran yang lebih moden dan kompleks. Merujuk kepada persoalan yang diajukan para ulama telah membahaskan isu ini dalam karangan-karangan mereka dan mengeluarkan pelbagai pandangan tentang perkara tersebut. Kami bawakan pandangan dari mazhab Syafi’i iaitu:
(Muhammad al-Khatib al-Syarbini. al-Iqna’. Juzuk 2. Dar A-l-Fikr, hlm. 2.) KESIMPULAN Berdasarkan kepada hujah yang diberikan, kami cenderung untuk memilih pendapat yang kedua dari mazhab Syafi’i. Hukum asal bagi sesuatu itu adalah mubah (harus), maka e-dagang juga adalah harus selagi mana ia menepati rukun dan syarat jual beli yang telah digariskan oleh Islam bagi menjamin kemaslahatan manusia secara keseluruhannya. Namun adalah dinasihatkan kepada penjual mahupun pembeli supaya berhati-hati dalam memilih sesuatu produk agar dapat mengelak dari membeli atau menjual barangan yang tidak menepati syara’. Semoga dengan pencerahan ini, menjadikan kita beramal mengikut neraca syara’ yang sebenarnya. Wallahu a’lam. |
| Pautan | PENJELASAN HUKUM (JMS20230827-002).pdf |