Irsyad

Qada solat yang tertinggal

IsuBolehkah mengqadakan solat yang tertinggal pada waktu solat yang lain?
Penjelasan

Solat merupakan kewajipan yang perlu dilaksanakan pada waktunya. Firman Allah Subhanahu wataala:

 

… اِنَّ الصَّلٰوةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِيْنَ كِتٰبًا مَّوْقُوْتًا

Maksud: "... Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya."

(Surah an-Nisa’: 103)

 

Daripada Ubadah ibnu al-Somit Radiallahu anhu katanya, aku mendengar Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam bersabda:

 

خَمْسُ صَلَوَاتٍ كَتَبَهُنَّ اللَّهُ عَلَى الْعِبَادِ فَمَنْ جَاءَ بِهِنَّ لَمْ يُضَيِّعْ مِنْهُنَّ شَيْئًا اسْتِخْفَافًا بِحَقِّهِنَّ كَانَ لَهُ عِنْدَ اللَّهِ عَهْدٌ أَنْ يُدْخِلَهُ الْجَنَّةَ وَمَنْ لَمْ يَأْتِ بِهِنَّ فَلَيْسَ لَهُ عِنْدَ اللَّهِ عَهْدٌ إِنْ شَاءَ عَذَّبَهُ وَإِنْ شَاءَ أَدْخَلَهُ الْجَنَّةَ

Maksud: “Allah Subhanahu wataala telah mewajibkan solat lima waktu atas hamba-hamba-Nya. Sesiapa yang tetap melakukannya tanpa meninggalkan satu pun daripadanya lantaran meringan-ringankan hukum wajibnya, Allah berjanji akan memasukkannya ke dalam syurga. Sebaliknya sesiapa yang tidak melakukannya, Allah tidak menjanjikan apa-apa pun kepada-Nya sama ada mengazabkannya atau memasukkannya ke dalam syurga mengikut kehendak-Nya.

(Hadis Riwayat Abu Daud, 1420)

 

Hadis riwayat Anas ibnu Malik Radiallahu anhu bahawa Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam bersabda:

 

مَنْ نَسِيَ صَلاَةً فَلْيُصَلِّ إِذَا ذَكَرَهَا لاَ كَفَّارَةَ لَهَا إِلَّا ذَلِكَ

Maksud: “Sesiapa yang terlupa solat, maka hendaklah dia menunaikannya apabila dia teringat akannya, tidak ada kafarah untuknya melainkan hal tersebut.”

(Hadis Riwayat al-Bukhari, 597)

Meninggalkan solat fardu atau melengah-lengahkannya tanpa apa-apa keuzuran hingga terkeluar dari waktunya adalah berdosa besar dan wajib diqadakan solat yang ditinggalkan tersebut serta hendaklah bertaubat. Waktu qada solat boleh dilakukan pada bila-bila masa dan sesegera yang mungkin. Oleh itu, sewajarnya setiap umat Islam sentiasa menjaga dan mengambil berat atas kewajipan solat yang telah difardukan.
PautanPENJELASAN HUKUM (12).pdf


© Hak Milik Jabatan Mufti Sarawak
Last Updated On 31 Mar 2026

Waktu Pejabat

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tengah hari
2.00 petang - 5.00 petang

Jumaat
8.00 pagi - 11.45 pagi
2.15 petang - 5.00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Tutup
image Pengumuman