Irsyad

Hukum isteri memarahi suami yang tidak prihatin

IsuBerdosakah seorang isteri yang memarahi sikap suaminya yang tidak mengambil berat hal tanggungjawabnya sebagai ketua dalam rumahtangga?
Penjelasan 
Allah Subhanahu wataala menciptakan manusia hidup berpasangan lelaki dan perempuan melalui perkahwinan yang disyariatkan bagi mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Firman Allah Subhanahu wataala:
 وَمِنْ اٰيٰتِهٖٓ اَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِّنْ اَنْفُسِكُمْ اَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوْٓا اِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَّوَدَّةً وَّرَحْمَةً ۗاِنَّ فِيْ ذٰلِكَ لَاٰيٰتٍ لِّقَوْمٍ يَّتَفَكَّرُوْنَ
Maksud: “Dan antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”
(Surah ar-Rum: 21)
 
Amalan saling memberi peringatan antara pasangan suami isteri adalah dituntut agar keharmonian hidup berkeluarga sentiasa terjaga. Teguran dan nasihat hendaklah disampaikan dengan cara yang berhikmah, bukan dengan memarahi pasangan masing-masing.
 
Sekiranya isteri menegur suaminya, maka perlulah menasihati dengan cara yang terbaik agar tidak menimbulkan keadaan yang tidak harmoni dan begitu juga ketika suami menegur kesilapan isterinya. Ia selari dengan firman Allah Subhanahu wataala:
وَذَكِّرْ فَاِنَّ الذِّكْرٰى تَنْفَعُ الْمُؤْمِنِيْنَ
Maksud: “Dan tetaplah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman”.
(Surah al-Zariyat: 55)
 
Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam juga bersabda:
الدِّينُ النَّصِيحَةُ
Maksud: “Agama adalah nasihat.
(Hadis Riwayat Muslim, 55)
 
Tanggungjawab suami dan isteri hendaklah ditunaikan seperti yang telah ditentukan oleh syarak. Semoga Allah Subhanahu wataala memberkati hubungan pasangan suami isteri yang sentiasa ingat-mengingati demi mencari redha Allah Subhanahu wataala.
PautanPENJELASAN HUKUM (36).pdf


© Hak Milik Jabatan Mufti Sarawak
Last Updated On 31 Mar 2026

Waktu Pejabat

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tengah hari
2.00 petang - 5.00 petang

Jumaat
8.00 pagi - 11.45 pagi
2.15 petang - 5.00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Tutup
image Pengumuman