| Isu | Kebiasaan saya akan berulang-alik dari Kuching ke Bintulu dan sebaliknya secara giliran seminggu sekali. Saya akan transit semalam di Bandar Bintulu sebelum ke offshore keesokannya dan sebaliknya jika balik dari offshore sebelum ke Kuching. Dari Bandar Bintulu ke offshore selama 1 jam 30 minit (54km). Adakah saya boleh jamak dan qasar solat semasa transit di Bintulu? |
| Penjelasan | Solat jamak dan qasar adalah rukhsah yang dihadiahkan Allah Subhanahu wataala kepada umatnya ketika bermusafir. Daripada Ibn Abbas Radiallahu anhuma, katanya: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْمَعُ بَيْنَ صَلاَةِ الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ إِذَا كَانَ عَلَى ظَهْرِ سَيْرٍ وَيَجْمَعُ بَيْنَ الْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ
Maksud: “Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam menjamakkan solat Zuhur dengan Asar ketika perjalanan (bermusafir) dan menjamakkan solat Maghrib dengan Isyak.”(Hadis Riwayat al-Bukhari, 1108) Berdasarkan hadis di atas dibenarkan bagi seseorang yang bermusafir ke suatu destinasi yang melebihi 2 marhalah (89 km) untuk melakukan solat jamak dan qasar. Permulaan musafir dikira setelah kita keluar kawasan, sama ada melalui sungai, parit, kota atau kawasan sempadan dan berakhirnya musafir iaitu apabila kembali semula ke kawasan tempat tinggal. Apabila seseorang itu bermusafir dan berhenti pada suatu tempat selama empat hari atau lebih maka terputuslah safarnya, tetapi sekiranya dia hendak berhenti selama tiga hari maka bolehlah melakukan solat jamak dan qasar. Tiga hari itu tidak termasuk hari sampai dan hari keluar (hari memulakan perjalanan). Dalam isu di atas maka dapat disimpulkan bahawa:
Semasa bermalam di Bintulu, harus melaksanakan solat jamak dan qasar kerana masih dikira dalam perjalanan. |
| Pautan | PENJELASAN HUKUM (11).pdf |