| Isu | Apakah yang dimaksudkan dengan wali dan siapakah yang berhak untuk menjadi wali kepada pengantin perempuan? |
| Penjelasan | Wali dari segi bahasa ialah kesanggupan bertindak, mengurus atau kekuasaan mentadbir sesuatu. Manakala menurut istilah ialah, kuasa yang membolehkan seseorang untuk melakukan akad atau membelanjakan harta tanpa keizinan orang lain. (Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu). Sabda Nabi Sallallahu alaihi wasallam:
لاَ نِكَاحَ إِلاَّ بِوَلِيٍّ
Maksud: “Tidak ada nikah melainkan dengan adanya wali”. (Hadis Riwayat al-Tirmizi, 1101 dan Abu Daud, 2085) Wali nikah adalah orang yang berhak menikahkan perempuan dengan lelaki yang sesuai dengan syariat Islam. Wali dalam pernikahan mempunyai kedudukan yang sangat penting, bahkan dapat menentukan sah atau tidak pernikahan tersebut. Pernikahan tanpa wali hukumnya tidak sah. Syarat-syarat sah menjadi wali ialah:
Orang buta atau bisu pula harus menjadi wali kerana ia boleh menimbang dan memikirkan mengenai soal kufu (setaraf) dan hal-hal kepentingan kepada wanita, selagi dia boleh memahami isyarat serta tulisan dan dia memenuhi syarat-syarat sah menjadi wali. Susunan wali mengikut tertib adalah seperti berikut:
Berdasarkan penjelasan di atas, dapat diketahui bahawa wali adalah salah satu rukun nikah. Justeru, umat Islam dinasihatkan untuk mengambil berat berhubung perkara ini bagi memastikan perkahwinan yang dibina memenuhi tuntutan syarak. |
| Pautan | PENJELASAN HUKUM (39).pdf |