Irsyad

Hukum makan belangkas

IsuSaya pernah membaca tentang belangkas yang dikatakan mempunyai racun yang boleh membahayakan jika ia dimakan, jadi saya ingin mendapatkan penjelasan mengenai hukum makan haiwan tersebut?
PenjelasanBelangkas ialah sejenis haiwan yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar. Belangkas adalah dari famili Limulidae. Nama saintifik belangkas yang hidup di pinggir pantai ialah Tachypleus Gigas dan yang ditemui di kawasan paya ialah Carcinoscorpius Rotundicauda. Haiwan ini merupakan artropod laut yang bentuk badannya mirip kepada 'ketopong besi' tentera dan juga mempunyai ekor yang panjang dan tajam. Ia boleh mencapai saiz sehingga 51 cm (20 inci).
 
Antara hujah dengan keharusan belangkas ini adalah berdasarkan firman Allah Subhanahu wataala:
...اُحِلَّ لَكُمْ صَيْدُ الْبَحْرِ وَطَعَامُهٗ
Maksud: “Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut, dan makanannya ...”
(Surah al-Ma’idah: 96)
Begitu juga sebarang bentuk haiwan yang tidak ada nas qati’ie pengharamannya maka hukumnya adalah halal berdasarkan kaedah:
الأَصْلُ فِي الْأَشْيَاءِ الْإِبَاحَةُ
Maksud: “Asal pada sesuatu itu adalah harus.”
Berdasarkan kepada amalan sebahagian masyarakat Malaysia yang memakan belangkas, maka didapati tiada kesan kemudaratan atau keracunan terhadap mereka. Ini menjadi bukti dengan jelas tentang keharusan memakan belangkas.
Manakala telurnya pula, jika binatang tersebut boleh dimakan, maka telurnya juga boleh dimakan. Ini berdasarkan kaedah:
التَّابِعُ تَابِعٌ


Maksudnya: “Yang mengikut itu mengambil hukum daripada asalnya (yang diikuti).
 
Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke-19 yang bersidang pada 22 Jun 2011M / 20 Rejab 1432H telah memutuskan bahawa  Hukum Memakan Daging/Isi Belangkas Dan Telurnya adalah seperti berikut:
  1. Mesyuarat berpandangan bahawa tiada nas qat’ie yang mengharamkan manusia memakan belangkas. Pakar Haiwan Hidupan Air menyatakan bahwa belangkas adalah haiwan yang hidup di laut dan hanya naik ke pantai untuk bertelur.Ia adalah sejenis haiwan satu alam yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar dan ia tidak boleh kekal hidup di darat kerana bernafas menggunakan insang.
Sehubungan itu selaras dengan pandangan Jumhur ulama’ yang menyatakan bahawa haiwan yang tinggal di dalam laut semata-mata dan tidak boleh hidup tanpa air adalah halal dimakan, maka mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa: "hukum memakan daging/isi dan telur belangkas adalah diharuskan".
PautanPENJELASAN HUKUM (42).pdf


© Hak Milik Jabatan Mufti Sarawak
Last Updated On 31 Mar 2026

Waktu Pejabat

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tengah hari
2.00 petang - 5.00 petang

Jumaat
8.00 pagi - 11.45 pagi
2.15 petang - 5.00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Tutup
image Pengumuman