Irsyad

Pengertian Haji Mabrur

IsuApakah yang dimaksudkan dengan Haji Mabrur?
PenjelasanHaji Mabrur adalah idaman bagi setiap jemaah haji yang melaksanakan ibadah haji di tanah suci.
 
Dari segi bahasa mabrur berasal daripada kata dasar al-bir yang bermaksud ketaatan dan ketelusan. Kalimah ini juga bermakna penerimaan dan kebaikan yang banyak. Imam Fudhail bin Iyad berkata “Haji Mabrur ialah haji yang tidak ternoda dengan dosa sedikit pun ketika melaksanakannya.” Pendapat ini juga turut dinyatakan oleh Imam al-Nawawi.
 
Haji Mabrur juga adalah satu-satunya haji yang diterima oleh Allah Subhanahu wataala. Sesiapa yang memperolehinya, maka balasan syurga telah menanti untuknya di akhirat nanti. Dalam satu hadis daripada Abu Hurairah Radiallahu anhu bahawa Nabi Sallallahu alaihi wasallam telah bersabda:
 
اَلْعُمْرَةُ إِلَى اَلْعُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا, وَالْحَجُّ اَلْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلَّا اَلْجَنَّةَ
Maksud: “Umrah ke satu umrah menghapuskan apa yang ada antara kedua-duanya, dan haji mabrur tidak ada balasan (yang layak) baginya melainkan syurga.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari, 1773 dan Muslim, 1349)
Menurut Imam al-Qurtubi pula, “Haji Mabrur ialah haji yang dilaksanakan dengan sempurna dan bertepatan dengan setiap hukum dan ketentuan yang telah ditetapkan.”
 
Kesimpulannya, proses untuk mendapatkan haji mabrur adalah bermula sebelum seseorang menjejak kakinya di tanah suci yang melibatkan niat, kos perbelanjaan, kesungguhan dan lain-lain. Maka, seorang jemaah haji hendaklah sentiasa mengambil berat dan membuat perancangan yang teliti agar dapat haji yang mabrur.
PautanPENJELASAN HUKUM (30).pdf


© Hak Milik Jabatan Mufti Sarawak
Kemas Kini Terakhir Pada 01 May 2025

Waktu Pejabat

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tengah hari
2.00 petang - 5.00 petang

Jumaat
8.00 pagi - 11.45 pagi
2.15 petang - 5.00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Tutup