| Isu | Assalamualaikum Ashab al-Fadilah. Kadang-kadang masih ada masyarakat awam yang berkongsi satu bahagian korban (walaupun dalam borang ditulis satu nama) sedangkan satu bahagian hanya untuk satu penama. Maka apakah hukum korban kalau 8 orang berkongsi seekor lembu; TAPI 6/7 bahagian lembu milik 6 orang dan baki 1/7 bahagian dimiliki 2 orang? Jumlah orang berkongsi 8. Ini kerana ada dua kemungkinan jawapan: KEMUNGKINAN PERTAMA: Sah bagi 6 orang itu kerana masing-masing memiliki 1/7 dan itu memang kadar yang mencukupi untuk korban. Dan tidak sah bagi 2 orang lagi yang berkongsi 1/7 kerana masing-masing memiliki kurang daripada bahagian yang sah dalam korban. KEMUNGKINAN KEDUA: Tidak sah korban kesemuanya kerana jumlah berkongsi lembu itu adalah 8 orang sedangkan hadis mengehadkan sampai 7: البدنة عن سبعة والبقرة عن سبعة Maksudnya: “Seekor untuk untuk tujuh (bahagian) dan seekor lembu untuk tujuh (bahagian)”. فأمرنا رسول الله صلى الله عليه وسلم أن نشترك في الإبل والبقر، كل سبعة منا في بدنة Maksudnya: “Rasulullah SAW memerintahkan kami berkongsi pada unta dan lembu, setiap tujuh orang dari kami berkongsi seekor unta.” Manakah jawapan yang betul? Mohon pihak JMS untuk menyertakan ibarat-ibarat daripada syuruh/hawasyi fuqaha Syafiiyah untuk menyokong jawapan. Barakallahu fikum wajazakum khaira. Wasalam. |
| Penjelasan | Perincian Hukum Berkongsi Korban SOALAN Assalamualaikum Ashab al-Fadilah. Kadang-kadang masih ada masyarakat awam yang berkongsi satu bahagian korban (walaupun dalam borang ditulis satu nama) sedangkan satu bahagian hanya untuk satu penama. Maka apakah hukum korban kalau 8 orang berkongsi seekor lembu; TAPI 6/7 bahagian lembu milik 6 orang dan baki 1/7 bahagian dimiliki 2 orang? Jumlah orang berkongsi 8. Ini kerana ada dua kemungkinan jawapan: KEMUNGKINAN PERTAMA: Sah bagi 6 orang itu kerana masing-masing memiliki 1/7 dan itu memang kadar yang mencukupi untuk korban. Dan tidak sah bagi 2 orang lagi yang berkongsi 1/7 kerana masing-masing memiliki kurang daripada bahagian yang sah dalam korban. KEMUNGKINAN KEDUA: Tidak sah korban kesemuanya kerana jumlah berkongsi lembu itu adalah 8 orang sedangkan hadis mengehadkan sampai 7: البدنة عن سبعة والبقرة عن سبعة Maksudnya: “Seekor untuk untuk tujuh (bahagian) dan seekor lembu untuk tujuh (bahagian)”. فأمرنا رسول الله صلى الله عليه وسلم أن نشترك في الإبل والبقر، كل سبعة منا في بدنة Maksudnya: “Rasulullah SAW memerintahkan kami berkongsi pada unta dan lembu, setiap tujuh orang dari kami berkongsi seekor unta.” Manakah jawapan yang betul? Mohon pihak JMS untuk menyertakan ibarat-ibarat daripada syuruh/hawasyi fuqaha Syafiiyah untuk menyokong jawapan. Barakallahu fikum wajazakum khaira. Wasalam. JAWAPAN Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah Subhanahu wata‘ala. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat. Merujuk kepada persoalan yang diajukan, kami bawakan apa yang dinukil dalam kitab Hasyiah Al Bajuri berkenaan perkara tersebut yang bermaksud: “jika seekor unta dikongsi lebih daripada tujuh, maka tiada seorang pun dalam kalangan mereka yang berkongsi itu mendapat pahala ibadah korban” (Hasyiah al Bajuri)
"Jika seseorang berkorban dan memasukkan orang lain bersamanya dalam pahala ibadah korban itu, maka itu tidak mengapa.” (Hasyiah al Bajuri)
Diharuskan bagi seorang yang hanya mengambil satu bahagian korban atau berkorban seekor kambing dengan berniat kongsi pahala ibadahnya dengan orang lain. Keharusan ini hanyalah pada berniat untuk berkongsi pahala dan bukan berkongsi sebagai penama. Hendaklah Ada Pemilikan Tunggal “(Dan seekor kambing mencukupi bagi seorang) iaitu: tidak lebih daripada seorang. Maka jika seseorang berkongsi dengannya pada seekor kambing, ia tidak memadai." (Hasyiah al Bajuri)
Jika dua orang berkongsi membeli 2 ekor kambing untuk korban, tidak sah korban kerana ia dianggap hak milik mereka berdua pada perkongsian itu kerana pada tiap ekor kambing itu ada pemilikan bersama. Begitu juga, sekiranya suami isteri berkongsi membeli seekor kambing, maka hendaklah salah seorang dari mereka menghibahkan bahagiannya kepada seorang lagi supaya sah korban dengan pemilikan tunggal. KESIMPULAN Setelah meneliti dalil-dalil yang dikemukakan, dapat disimpulkan bahawa seekor unta, lembu dan sapi hanya boleh dibahagikan kepada tujuh penama sahaja tidak lebih. Begitu juga bagi seekor kambing hanya bagi satu penama sahaja. Namun demikian, syariat tidak menghadkan bagi seseorang yang ingin beramal, justeru adalah diharuskan bagi seorang yang berniat untuk berkongsi pahala pada ibadah korban yang dilaksanakan. Wallahu a’lam. |
| Pautan | PENJELASAN HUKUM (JMS20250603-002).pdf |