Irsyad

Solat tahiyatul masjid ketika azan berkumandang

IsuSaya masuk masjid ketika azan berkumandang, adakah terus solat tahiyatul masjid atau menunaikannya selepas selesai azan?
PenjelasanSolat Tahiyyatul Masjid ialah solat dua rakaat yang dilakukan oleh setiap orang yang masuk ke dalam masjid sebelum dia duduk. Hal ini berdasarkan hadis daripada Abi Qatadah al-Salami Radiallahu anhu, Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam bersabda:
 
إِذَا دَخَلَ أَحَدُكُمُ الْمَسْجِدَ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ أَنْ يَجْلِسَ
Maksud“Apabila seseorang daripada kamu masuk ke dalam masjid, maka solatlah sebanyak dua rakaat sebelum duduk.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari, 444)
 
Daripada Abi Sa’id al-Khudri Radiallahu anhu bahawa Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam bersabda:
إِذَا سَمِعْتُمُ النِّدَاءَ فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ المُؤَذِّن
Maksud: “Apabila kalian mendengar azan maka ucapkanlah seperti yang sedang diucapkan muazzin”.
(Hadis Riwayat al-Bukhari, 611)
 
Apabila sampai ke masjid dan azan sedang dikumandangkan, maka hendaklah tetap berdiri bagi menghormati dan menjawab azan tersebut. Selepas selesai azan, barulah didirikan solat tahiyyatul masjid dan inilah yang utama (afdal). Walau bagaimanapun, jika solat sunat itu dikerjakan semasa azan berkumandang, maka solat tersebut adalah sah.
PautanPENJELASAN HUKUM (15).pdf


© Hak Milik Jabatan Mufti Sarawak
Last Updated On 31 Mar 2026

Waktu Pejabat

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tengah hari
2.00 petang - 5.00 petang

Jumaat
8.00 pagi - 11.45 pagi
2.15 petang - 5.00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Tutup
image Pengumuman