Irsyad

solat fardu di akhir waktu

IsuApakah hukum menunaikan solat fardu pada akhir waktu kerana tuntutan kerja?
Penjelasan 
Solat merupakan kewajipan yang perlu disempurnakan oleh setiap Muslim dan afdalnya dilaksanakan di awal waktu sepertimana dalam sebuah hadis:
 
عَنْ الْقَاسِمِ بْنِ غَنَّامٍ عَنْ عَمَّتِهِ أُمِّ فَرْوَةَ وَكَانَتْ مِمَّنْ بَايَعَتْ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الْأَعْمَالِ أَفْضَلُ قَالَ الصَّلَاةُ لِأَوَّلِ وَقْتِهَا
Maksud: Daripada al-Qasim ibnu Ghannam daripada ibu saudaranya Ummu Farwah dan dia termasuk orang yang ikut serta berbaiah kepada Nabi Sallallahu alaihi wasallam, bahawa dia berkata; “Nabi Sallallahu alaihi wasallam pernah ditanya, “Amalan apakah yang paling utama?” baginda Sallallahu alaihi wasallam menjawab: “Solat pada awal waktunya.”
(Hadis Riwayat al-Tirmizi, 170)
Solat di akhir waktu adalah sah, namun boleh mengurangkan kesempurnaan ibadah dan pahala sunat. Malah jika melengah-lengahkan solat tanpa uzur sehingga melepasi waktu adalah berdosa besar.
 
Oleh itu, sebagai seorang Muslim seharusnya bijak mengatur masa agar tidak mengabaikan tugasan yang telah diamanahkan dan pada masa yang sama tidak meninggalkan perintah Allah Subhanahu wataala untuk menunaikan solat.
 
PautanPENJELASAN HUKUM (13).pdf


© Hak Milik Jabatan Mufti Sarawak
Last Updated On 31 Mar 2026

Waktu Pejabat

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tengah hari
2.00 petang - 5.00 petang

Jumaat
8.00 pagi - 11.45 pagi
2.15 petang - 5.00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Tutup
image Pengumuman