Irsyad

Hukum menukar kain balutan nisan

IsuMenukar balutan nisan sama ada dengan kain putih atau kuning sebelum menjelangnya Aidilfitri setiap tahun ada dilakukan oleh segelintir masyarakat. Bolehkah perbuatan ini diamalkan?
PenjelasanIslam menganjurkan umatnya untuk menziarahi perkuburan agar sentiasa mengingati kematian dan hari akhirat. Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam menyebutkan dalam sabdanya iaitu:
 
كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ الْقُبُورِ، أَلَا فَزُورُوهَا فَإِنَّهُ يُرِقُّ الْقَلْبَ وَتُدْمِعُ الْعَيْنَ وَتُذَكِّرُ الْآخِرَةَ وَلَا تَقُولُوا هُجْرًا
Maksud: “Dulu aku pernah melarang kalian untuk menziarahi kubur, namun sekarang ketahuilah, hendaknya kalian menziarahi kubur kerana ia dapat melembutkan hati, membuat air mata berlinangan dan mengingatkan kalian hari akhirat. Namun jangan kalian berkata perkataan yang tidak layak (qaulul hujr) ketika berziarah.”
(Hadis Riwayat al-Hakim, 1393)
 
Islam telah menetapkan adab dan larangan yang perlu dipatuhi ketika menziarahi kubur agar ziarah ini memberikan ganjaran kepada yang melaksanakannya. Antara adab-adabnya ialah mengucapkan salam dan berpakaian sopan dan seumpamanya.
 
Adapun perbuatan segelintir masyarakat Islam yang menziarahi kubur dengan menukar kain lilitan pada nisan yang dipercayai memberi manfaat kepada si mati merupakan kepercayaan yang ditegah oleh syarak.
 
Oleh yang demikian, umat Islam digalakkan untuk melakukan perkara-perkara yang sesuai dengan anjuran Islam berkenaan dengan adab dan larangan menziarahi kubur. Elakkan daripada melakukan perkara-perkara yang tidak mendatangkan manfaat seperti amalan melilit atau mengikat nisan. Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam bersabda:
 
مِنْ حُسْنِ إِسْلاَمِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لاَ يَعْنِيهِ
 
Maksud:Di antara kebaikan Islam seseorang itu adalah meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat.”
(Hadis Riwayat Tirmizi, 2317 dan Ibnu Majah, 3976)
 
PautanPENJELASAN HUKUM (5).pdf


© Hak Milik Jabatan Mufti Sarawak
Last Updated On 31 Mar 2026

Waktu Pejabat

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tengah hari
2.00 petang - 5.00 petang

Jumaat
8.00 pagi - 11.45 pagi
2.15 petang - 5.00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Tutup
image Pengumuman