Irsyad

Perkahwinan Sempadan

IsuAssalamualaikum wbt. dalam perbincangan forum baru baru ini menyatakan, perkahwinan luar sempadan sah menurut syara' namun tidak sah mengikut undang undang persekutuan. ahli panel menyatakan anak tidak boleh dinasabkan kepada ayah selagi tidak mendaftar di persekutuan.. mohon perjelaskan. rujukan forum perdana 27 julai 2023
PenjelasanJAWAPAN
Alhamdulillah segala puji pujian selayaknya hanya kepada Allah Subhanahu wata’ala. Selawat dan salam kepada junjungan mulia Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam, kepada isteri-isteri Baginda, ahli keluarga, para sahabat seterusnya mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga hari kiamat.
Perkahwinan merupakan Sunnah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam yang dianjurkan berdasarkan nas al-Quran dan hadis, inilah fitrah yang dilalui oleh manusia dalam membina kehidupan dengan sempuna dan bahagia.

Syarak telah menggariskan syarat-syarat sah dalam pernikahan yang mana setiap pernikahan yang dilaksanakan hendaklah menurut tetapan panduan syarak. Namun demikian, syarat pernikahan juga terikat dengan ulil amri melalui implikasi undang-undang yang telah ditetapkan dalam sesebuah negara.
Disini kami datangkan gambaran implikasi undang-undang seperti berikut:

Walaupun perkahwinan yang dilakukan adalah sah di sisi syarak dan mencukupi syarat-syarat sah nikah, namun, apabila tidak didaftarkan di Malaysia, pasangan itu telah melanggar undang-undang negara sekiranya tinggal bersama.

Jika perkahwinan tidak didaftarkan, maka implikasinya mereka tidak boleh duduk bersama kerana sudah dikira khalwat, kemudian jika ada anak, anak tersebut tidak boleh didaftarkan kerana tidak mempunyai dokumen pernikahan. Anak pula akan menghadapi masalah jika hendak didaftar masuk sekolah kerana ketiadaan sijil kelahiran. Kemudian, sekiranya berlaku perceraian atau kematian, isteri akan menghadapi masalah dalam menuntut harta sepencarian.
 
 
KESIMPULAN
Pernikahan adalah membina sebuah ikatan yang suci dalam Islam. Bagi memastikan ikatan yang dibina ini sempurna,  hendaklah dilaksanakan mengikut neraca syarak dan selari dengan ketentuan hukum (undang-undang) yang telah ditetapkan oleh pihak pemerintah.

Undang-undang yang ditetapkan pemerintah hendaklah dipatuhi kerana mentaati pemimpin merupakan suatu kewajipan.
Hal ini bertepatan dengan firman Allah Subhanahu wata’ala yang menyatakan suruhan taat kepada pemerintah dalam al-Quran menerusi firman-Nya dalam surah al-Nisa’ ayat 59:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّـهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.”

Semoga Allah Subhanahu wata’ala memberi kefahaman dalam beragama kepada kita dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim menurut neraca syarak.
Wallahu a’lam.
 
 
PautanPENJELASAN HUKUM (JMS20230727-002).pdf


© Hak Milik Jabatan Mufti Sarawak
Last Updated On 09 Apr 2026

Waktu Pejabat

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tengah hari
2.00 petang - 5.00 petang

Jumaat
8.00 pagi - 11.45 pagi
2.15 petang - 5.00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Tutup
image Pengumuman