| Isu | Assalamualaikum Tuan, baru-baru ni saya ada melihat satu video berkenaan dengan fatwa 2 marhalah. Dalam video tersebut mengatakan Fatwa kebangsaan menetapkan 2 marhalah bersamaan dengan 81km. Adakah fatwa Sarawak juga menetapkan 81km bersamaan dengan 2 marhalah iaitu sama dengan fatwa kebangsaan? Sebabnya, ada kenalan saya mengatakan tidak sama. Mohon pencerahan dari pihak tuan. Terima kasih. |
| Penjelasan | Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah Subhanahu Wata’ala. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasalam, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.
Setiap negeri di Malaysia mempunyai institusi atau jawatankuasa fatwa yang bertindak membincangkan dan memutuskan hukum terhadap isu yang berbangkit. Selain jawatankuasa fatwa peringkat negeri, terdapat jawatankuasa fatwa peringkat kebangsaan, iaitu Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (JFMKBHEUIM) di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI). Ia mempunyai peranan yang penting di Malaysia, bahkan penubuhannya mampu menyelaraskan fatwa antara institusi-institusi fatwa negeri dan ia mampu memainkan peranan pengeluar fatwa bagi persekutuan. Sebagaimana dimaklumi bahawa wujudnya pembahagian bidang kuasa yang dilakukan antara persekutuan dan negeri di dalam Perlembagaan Persekutuan. Lantaran itu, segala perkara yang melibatkan hal ehwal agama Islam adalah diletakkan di bawah bidang kuasa negeri. Bagi menjawab persoalan yang dikemukakan, Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke-37 pada 17 Syaaban 1442H bersamaan 31 Mac 2021M telah memutuskan berkaitan Hukum Penentuan Kadar Dua Marhalah, Qaryah Dan Balad Dari Perspektif Fiqh Semasa seperti berikut:
Semoga dengan pencerahan ini, menjadikan kita beramal mengikut neraca syara’ yang sebenarnya. Wallahu a’lam. |
| Pautan | PENJELASAN HUKUM (JMS20231009-001).pdf |