Irsyad

Perbezaan akikah dan korban

IsuApakah perbezaan antara akikah dan korban?
PenjelasanKorban dan akikah merupakan ibadah yang dituntut ke atas orang Islam yang mukallaf. Ibadah korban bermaksud menyembelih binatang yang tertentu pada masa-masa yang tertentu dengan niat mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wataala. Firman Allah Subhanahu wataala:
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْۗ
Maksud: "Maka sembahlah Tuhanmu dan berkorbanlah."
(Surah al-Kauthar: 2)
 
Manakala ibadah akikah pula ialah sembelihan binatang al-An‘am (binatang ternakan seperti unta, lembu, kerbau, biri-biri atau kambing) yang dilakukan kerana menyambut bayi yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah Subhanahu wataala. Hadis daripada Umar ibn Amru Radiallahu anhu bahawa Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam pernah ditanya berkaitan akikah dan antara sabda baginda:
 
مَنْ وُلِدَ لَهُ وَلَدٌ فَأَحَبَّ أَنْ يَنْسُكَ عَنْهُ فَلْيَنْسُكْ عَنِ الْغُلَامِ شَاتَانِ مُكَافِئَتَانِ وَعَنِ الْجَارِيَةِ شَاةٌ
Maksud: “Sesiapa yang dikurniakan anak dan ingin melakukan ibadah untuknya, maka lakukanlah ibadah akikah bagi anak lelaki dua ekor kambing dan bagi anak perempuan pula seekor kambing.”
 (Hadis Riwayat Abu Daud, 2842)
 
Adapun antara perbezaan ibadah akikah dengan korban ialah:
 
  1. Akikah tidak terikat pada masa atau hari tertentu, sedangkan korban dilakukan pada masa-masa tertentu, iaitu selepas solat dan khutbah Hari Raya Aidiladha sehingga 13 Zulhijjah.
 
  1. Akikah dilakukan sempena menyambut kelahiran anak sebagai tanda kesyukuran kepada Allah Subhanahu wataala, manakala korban dilakukan kerana taqarrub (mendekatkan diri)  kepada Allah Subhanahu wataala dan memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim Alaihissalam dan anaknya Nabi Ismail Alaihissalam.
 
  1. Daging korban sunat disedekahkan secara mentah, sedangkan daging akikah sunat disedekahkan setelah dimasak. Dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji menyatakan bahawa daging akikah adalah sunat dimasak dengan masakan manis supaya akhlak anak yang diakikahkan itu mulia. Selain itu, afdal masakan daging akikah disedekahkan kepada orang miskin dan dihantar ke rumah mereka.
PautanPENJELASAN HUKUM (35).pdf


© Hak Milik Jabatan Mufti Sarawak
Last Updated On 31 Mar 2026

Waktu Pejabat

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tengah hari
2.00 petang - 5.00 petang

Jumaat
8.00 pagi - 11.45 pagi
2.15 petang - 5.00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Tutup
image Pengumuman