Irsyad

Melakukan persetubuhan di bulan Ramadan

IsuApakah hukum sepasang suami isteri melakukan persetubuhan di siang hari pada bulan Ramadan? Sekiranya berlaku, apakah kifarat yang dikenakan kepada mereka berdua?
Penjelasanumat Islam berlumba-lumba untuk mengejar pahala yang berlipat kali ganda kerana bulan ini pintu-pintu syurga dibuka.
 
Namun, pada bulan penuh kemuliaan ini juga, cabaran yang paling besar dihadapi oleh mereka yang berpuasa adalah untuk menahan nafsu sama ada makan dan minum atau daripada perkara-perkara yang membatalkan ibadah tersebut. Sebagaimana firman Allah Subhanahu wataala:
 
 وَكُلُوْا وَاشْرَبُوْا حَتّٰى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْاَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْاَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِۖ ثُمَّ اَتِمُّوا الصِّيَامَ اِلَى الَّيْلِۚ وَلَا تُبَاشِرُوْهُنَّ وَاَنْتُمْ عَاكِفُوْنَۙ فِى الْمَسٰجِدِ ۗ تِلْكَ حُدُوْدُ اللّٰهِ فَلَا تَقْرَبُوْهَاۗ كَذٰلِكَ يُبَيِّنُ اللّٰهُ اٰيٰتِهٖ لِلنَّاسِ
لَعَلَّهُمْ يَتَّقُوْنَ
Maksud: “… dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian, sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (Maghrib), dan janganlah kamu menyetubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid, maka janganlah kamu mendekatinya, demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada manusia, supaya mereka bertakwa.”
(Surah al-Baqarah: 187)
 
Perbuatan bersetubuh suami isteri di siang hari bulan Ramadan adalah haram hukumnya. Ini berdasarkan firman Alllah Subhanahu wataala:

 ۗ اُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ الصِّيَامِ الرَّفَثُ اِلٰى نِسَاۤىِٕكُمْ 

Maksud: “Telah dihalalkan buat kamu pada malam hari puasa untuk bersama dengan isteri kamu ….”
(Surah al-Baqarah (187)
Ayat di atas menjelaskan bahawa Allah Subhanahu wataala menghalalkan kita untuk bersama dengan isteri pada malam hari puasa, manakala maksud yang tersirat adalah diharamkan bersetubuh dengan isteri pada siang hari bulan Ramadan.
 
Bagi mereka yang telah melakukan persetubuhan, maka wajiblah mengqadakan puasa yang batal dan dikenakan kifarat (denda) disebabkan perbuatan tersebut. Kifarat hanya dikenakan kepada lelaki sahaja. Kifarat adalah mengikut turutan berikut:
 
  1. Membebaskan seorang hamba sahaya yang beragama Islam sama ada lelaki atau perempuan;
 
  1. Berpuasa 2 bulan berturut-turut; dan jika tidak mampu,
 
  1. Memberi 60 orang miskin makan setiap orang secupak makanan kebiasaan penduduk negeri itu.
 
Ini berdasarkan hadis yang menceritakan perihal sahabat yang telah melakukan persetubuhan di siang hari pada bulan Ramadan.
بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوسٌ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذْ جَاءَهُ رَجُلٌ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ هَلَكْتُ. قَالَ: (مَا لَكَ) قَالَ: وَقَعْتُ عَلَى امْرَأَتِي وَأَنَا صَائِمٌ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (هَلْ تَجِدُ رَقَبَةً تُعْتِقُهَا) قَالَ: لاَقَالَ: (فَهَلْ تَسْتَطِيعُ أَنْ تَصُومَ شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ) قَالَ: لاَ فَقَالَ: (فَهَلْ تَجِدُ إِطْعَامَ سِتِّينَ مِسْكِينًا). قَالَ: لاَ قَالَ: فَمَكَثَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَبَيْنَا نَحْنُ عَلَى ذَلِكَ أُتِيَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِعَرَقٍ فِيهَا تَمْرٌ - وَالعَرَقُ المِكْتَلُ - قَالَ: (أَيْنَ السَّائِلُ) فَقَالَ: أَنَا قَالَ: (خُذْهَا فَتَصَدَّقْ بِهِ) فَقَالَ الرَّجُلُ: أَعَلَى أَفْقَرَ مِنِّي يَا رَسُولَ اللَّهِ فَوَاللَّهِ مَا بَيْنَ لاَبَتَيْهَا - يُرِيدُ الحَرَّتَيْنِ - أَهْلُ بَيْتٍ أَفْقَرُ مِنْ أَهْلِ بَيْتِي فَضَحِكَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى بَدَتْ أَنْيَابُهُ ثُمَّ قَالَ: (أَطْعِمْهُ أَهْلَكَ)
 
Maksud:Ketika kami duduk di samping Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam, seorang lelaki menemui baginda, dan berkata: “Wahai Rasulullah! Aku binasa.” Baginda bertanya: “Kenapa?” Jawabnya: “Aku telah menyetubuhi isteriku, sedangkan aku berpuasa.” (Dalam riwayat yang lain) dalam bulan Ramadan, sabda baginda: “Adakah kamu boleh mendapatkan hamba untuk dimerdekakan?” Jawabnya: “Tidak.” Baginda bersabda: “Adakah kamu mampu berpuasa dua bulan berturut-turut?” Jawabnya: “Tidak.” Sabda baginda: “Adakah kamu mampu memberi makan 60 orang miskin?” Jawabnya: “Tidak.” Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam diam seketika. Semasa kami berkeadaan demikian, Nabi Sallallahu alaihi wasallam memberi sebakul tamar, lalu bersabda: “Di manakah orang yang bertanya tadi?” Lelaki itu menjawab: “Aku.” Sabda baginda lagi: “Ambillah tamar ini dan sedekahkan.” Lelaki itu berkata: “Adakah ada orang yang lebih fakir daripadaku wahai Rasulullah? Demi Allah, tidak ada keluarga yang lebih fakir daripada keluargaku di antara Timur dan Barat Madinah ini!” Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam ketawa sehingga kelihatan giginya, lalu bersabda: “Berikan makan tamar itu kepada keluargamu.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari,1936  dan Muslim, 1111)
 
Justeru itu, setiap pasangan suami isteri hendaklah menjauhi perbuatan tersebut di siang hari pada bulan Ramadan. Digalakkan seseorang itu memperbanyakkan melakukan ibadah-ibadah sunat seperti berzikir, membaca al-Quran dan seumpamanya.
PautanPENJELASAN HUKUM (18).pdf


© Hak Milik Jabatan Mufti Sarawak
Last Updated On 24 Apr 2026

Waktu Pejabat

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tengah hari
2.00 petang - 5.00 petang

Jumaat
8.00 pagi - 11.45 pagi
2.15 petang - 5.00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Tutup