Irsyad

Penggunaan sabun taharah

IsuApakah sabun taharah yang terdapat di pasaran boleh digunakan untuk menyertu najis mughallazah?
PenjelasanSabun taharah dikenali juga sabun tanah liat. Ia dihasilkan dari campuran tanah liat, dan beberapa mineral semulajadi seperti sodium, kalsium dan potassium.
 
Sertu pula bermaksud menyertu atau menyucikan mana-mana bahagian badan yang terkena najis mughallazah (anjing dan babi) dengan dimulai air bercampur tanah sekali dan air mutlak enam kali yang terkena pada pakaian, badan, atau tempat. Hal ini disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radiallahu anhu bahawa Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam bersabda:
 
 
إِذَا شَرِبَ الكَلْبُ فِي إِنَاءِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْسِلْهُ سَبْعًا
Maksud: "Apabila seekor anjing minum di dalam bejana salah seorang daripada kamu, maka hendaklah kamu membasuhnya sebanyak tujuh kali basuhan."
(Hadis Riwayat al-Bukhari,172)
 
Begitu juga berdasarkan sabda Rasulullah Sallallahu alaihi wassallam:
 
طَهُورُ إِنَاءِ أَحَدِكُمْ إِذَا وَلَغَ فِيهِ الْكَلْبُ أَنْ يَغْسِلَهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ أُولَاهُنَّ بِالتُّرَابِ
Maksud: Sucikan bejana kamu apabila anjing menjilatnya (bejana tersebut), iaitu dengan cara kamu membasuhnya sebanyak tujuh kali, dan yang pertama basuhan dengan tanah”.
(Hadis Riwayat Muslim, 279)
 
Berdasarkan hadis di atas, najis mughallazah hendaklah disertu dengan menggunakan air bercampur tanah.
 
Oleh kerana sabun taharah juga diproses dari tanah dengan campuran bahan lain, maka ia harus digunakan untuk melakukan sertu kerana sabun tersebut mencapai maksud yang sama dengan penggunaan tanah. Penggunaan tanah ini juga adalah satu mekanisma terkini untuk memudahkan masyarakat yang sukar untuk mendapatkan tanah bagi tujuan sertu di kawasan mereka.
PautanPENJELASAN HUKUM (10).pdf


© Hak Milik Jabatan Mufti Sarawak
Last Updated On 05 May 2026

Waktu Pejabat

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tengah hari
2.00 petang - 5.00 petang

Jumaat
8.00 pagi - 11.45 pagi
2.15 petang - 5.00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Tutup