Irsyad

Membayar fidyah dengan beras

IsuBagaimanakah cara untuk membayar fidyah dengan beras sekiranya tidak pasti jumlah hari puasa yang belum diganti pada tahun-tahun yang lepas?
PenjelasanFidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu ataupun sengaja melewatkan puasa qada (ganti) sehingga tibanya bulan Ramadan pada tahun berikutnya. Jika cuai dan tidak mengqadanya, dia berdosa dan wajib membayar fidyah, iaitu memberi makan golongan fakir sehari secupak makanan kebiasaan penduduk negeri setempat dan hendaklah menggandakan fidyah tersebut mengikut bilangan tahun yang dilangkaunya. Firman Allah Subhanahu wataala:
 

اَيَّامًا مَّعْدُوْدٰتٍۗ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَّرِيْضًا اَوْ عَلٰى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ اَيَّامٍ اُخَرَ ۗ وَعَلَى الَّذِيْنَ يُطِيْقُوْنَهٗ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِيْنٍۗ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَّهٗ ۗ وَاَنْ تَصُوْمُوْا خَيْرٌ لَّكُمْ اِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُوْنَ

Maksud: (Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui”.
(Surah al-Baqarah: 184)
 
 
Hitungan secupak bersamaan 675 gram. Kadar secupak adalah bersamaan dengan satu perempat (¼) daripada jumlah zakat fitrah. Jumlah ini dikeluarkan dengan menggunakan nilai mata wang bagi memudahkan pengurusan.
 
Sekiranya puasa tersebut tidak diqadakan sehingga melangkau puasa pada tahun berikutnya, maka dikenakan fidyah dua kali ganda, tetapi puasa qada tetap sejumlah bilangan hari yang ditinggalkan (tiada gandaan).
 
Dalam masalah ini, perlulah dibuat anggaran bilangan puasa yang ditinggalkan dan puasa tersebut hendaklah diqadakan. Manakala bagi nilai semasa kadar fidyah untuk menggantikan puasa yang ditinggalkan perlulah merujuk pihak Tabung Baitulmal ataupun Pusat Zakat yang berdekatan.
PautanPENJELASAN HUKUM (19).pdf


© Hak Milik Jabatan Mufti Sarawak
Kemas Kini Terakhir Pada 31 Mar 2026

Waktu Pejabat

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tengah hari
2.00 petang - 5.00 petang

Jumaat
8.00 pagi - 11.45 pagi
2.15 petang - 5.00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Tutup
image Pengumuman