Irsyad

Hukum mandi wajib krana onani berulangkali

IsuSekiranya seseorang itu melakukan onani berulangkali dalam suatu masa yang sama, adakah perlu mandi wajib berkali-kali?
PenjelasanOnani ialah usaha mengeluarkan air mani tanpa melalui proses bersetubuh iaitu menggunakan tangan atau seumpamanya bagi memenuhi tuntutan syahwat. Perihal menjaga kehormatan diri dinyatakan dalam firman Allah Subhanahu wataala:
وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِفُرُوجِهِمۡ حَـٰفِظُونَ (٥) إِلَّا عَلَىٰٓ أَزۡوَٲجِهِمۡ أَوۡ مَا مَلَكَتۡ أَيۡمَـٰنُہُمۡ فَإِنَّہُمۡ غَيۡرُ مَلُومِينَ (٦) فَمَنِ ٱبۡتَغَىٰ وَرَآءَ ذَٲلِكَ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡعَادُونَ (٧)


Maksud: “(Dan golongan yang beriman itu) adalah mereka yang memelihara kemaluan mereka, melainkan ke atas para isteri mereka atau hamba-hamba sahaya mereka, sesungguhnya mereka itu tidak tercela, kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas.
(Surah al-Mukminun, 5-7)
 
Para ulama kebanyakannya menyatakan bahawa hukum beronani adalah haram. Imam al-Syafie juga menyebutkan dalam kitab al-Umm bahawa “tidak halal menggunakan zakar melainkan kepada isteri atau kepada hamba perempuan yang dimiliki dan tidak halal perbuatan istimna’ (mengeluarkan air mani).”
 
Di samping itu, Imam al-Nawawi menyebutkan dalam kitab al-Majmu’ bahawa: “Apabila seseorang itu berhadas dengan beberapa hadas yang sama atau hadas yang berbeza maka memadailah baginya sekali wuduk sahaja berdasarkan ijmak (para ulama). Demikian juga sekiranya seseorang itu berjunub beberapa kali disebabkan bersetubuh dengan seorang perempuan, atau dengan beberapa orang perempuan, atau bermimpi, atau (berjunub) disebabkan kesemuanya sekaligus, maka memadailah baginya sekali mandi berdasarkan kepada ijmak. Ia sama ada melalui persetubuhan yang mubah atau melalui zina. Dan antara yang menukilkan ijmak dalam isu ini adalah Imam Ibn Hazm.”
 
Berdasarkan pandangan ulama, maka jelas bahawa bagi mereka yang beronani berkali-kali dan belum mandi wajib setelah melakukannya, maka baginya hanya perlu untuk mandi wajib sekali sahaja dan telah memenuhi tuntutan dalam mengangkat hadas besar.
PautanPENJELASAN HUKUM (8).pdf


© Hak Milik Jabatan Mufti Sarawak
Last Updated On 31 Mar 2026

Waktu Pejabat

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tengah hari
2.00 petang - 5.00 petang

Jumaat
8.00 pagi - 11.45 pagi
2.15 petang - 5.00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Tutup
image Pengumuman