Irsyad

status anak tidak sah taraf menjadi imam tidak sah?

IsuSaya telah diberitahu oleh seorang rakan, bahawa anak tidak sah taraf/ anak luar nikah lelaki tidak boleh menjadi imam apabila dewasa nanti..? adakah ini benar??
PenjelasanJAWAPAN
Alhamdulillah segala pujian hanya selayaknya bagi Allah subhanahu wata’ala, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam berserta ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda sehingga hari kiamat.
Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda dalam sebuah hadis,
 
عن أبي مسعود عقبة بن عمرو البدري الأنصاري رضي الله عنه قال‏:‏ قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ‏:‏يؤم القوم أقرؤهم لكتاب الله فإن كانوا في القراءة سواء فأعلمهم بالسنة فإن كانوا في السنة سواء فأقدمهم هجرة فإن كانوا في الهجرة سواء فأقدمهم سنًا

Maksudnya: Daripada Abi Masud Uqbah bin Amru Al-Badri Al-Ansari Radiallahuanhu berkata: Sabda rasullullah sallallahu alaihi wasallam: Yang berhak menjadi imam sesuatu kaum ialah yang paling pandai membaca kitab Allah (Al-Quran). Sekiranya bacaan mereka sama, maka lihat kepada yang lebih mengetahui tentang Sunnah. Dan sekiranya (pengetahuan) Sunnah mereka sama, maka lebihkanlah kepada mereka yang lebih dahulu berhijrah, sekiranya sama pada hijrahnya, maka dahuluilah mereka yang berumur.
(Hadis Riwayat Muslim no. 348)

Hadis di atas dengan jelas menerangkan kriteria umum untuk mengimami solat jamaah yang disebutkan oleh Nabi sallallahu alaihi wasallam. Ia sebagaimana yang dihuraikan di dalam kitab-kitab Fiqh antara syarat-syarat untuk menjadi imam adalah: Islam; baligh; berakal; baik bacaannya; tidak mempunyai penyakit kencing tidak lawas dan bersih dari hadas. Ini merupakan keutamaan dalam syarat pemilihan imam.
Berikut merupakan susunan orang yang layak menjadi imam ketika ketiadaan imam khusus yang dilantik masjid menurut Ibn Naqib al-Masri di dalam kitabnya:
  • 1) Yang paling faqih (iaitu yang paling mengetahui dan memahami) hukum-hakam syariah Islam, terutamanya perkara yang berkaitan solat seperti sah dan batalnya solat dan lain-lain.
  • 2) Yang paling baik bacaan al-Quran
  • 3) Yang paling warak (iaitu mereka yang menjauhi syubhah)
  • 4) Yang paling awal berhijrah ke kerajaan islam madinah dan anak cucunya
  • 5) Yang paling awal memeluk islam
  • 6) Yang mulia nasabnya atau keturunan mengikut turutan bermula daripada bani hashim, bani muthalib, kemudian diikuti quraish, kemudian bangsa arab, diutamakan anak orang yang soleh dan alim daripada yang disebutkan dari nasab
  • 7) Yang paling baik keperibadian
  • 8) Yang paling bersih tubuh badan dan pakaian
  • 9) Yang paling lunak suara
  • 10) Yang paling baik penampilan
(Umdah al-Salik: 128)
KESIMPULAN
Berdasarkan kepada hujah dalil di atas, dapat disimpulkan bahawa hukum anak luar nikah menjadi imam adalah dibenarkan selagi mana anak tersebut memenuhi kriteria sebagai seorang imam. Semoga Allah Subhanahu wata’ala memberi kita kefahaman agama sehingga kita dapat mempelajari ilmu pada jalan yang lurus.
 
Wallahu a’lam.
PautanPENJELASAN HUKUM (JMS20230317-001).pdf


© Hak Milik Jabatan Mufti Sarawak
Last Updated On 31 Mar 2026

Waktu Pejabat

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 tengah hari
2.00 petang - 5.00 petang

Jumaat
8.00 pagi - 11.45 pagi
2.15 petang - 5.00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Tutup
image Pengumuman