Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
 
 
 
 
NAVIGASI              
    PAUTAN                                                            
    NOTIS                                      
    HUBUNGI KAMI                        
Topik Pilihan     Portal Ketua Menteri Sarawak     Terma Dan Syarat     Jabatan Mufti Negeri Sarawak,
FAQs     Portal Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak     Dasar Privasi     Aras 15 Majma Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah,
Peta Laman     Portal Kerajaan Sarawak     Dasar Keselamatan     Lorong P.Ramlee 5 Off Jalan P.Ramlee, 93400 Kuching, Sarawak.
Kod QR     Portal Data Sarawak     Penafian     Telefon: 082-507500
Talikhidmat     Portal Data Terbuka     Notis Hak Cipta     Faksimili: 082-570200/300
Cadangan     Portal Kerajaan Malaysia           Emel: pejabatmufti@sarawak.gov.my
Maklumbalas     Sumber Maklumat Al-Ahkam Al-Fiqhiyyah          

Kemaskini Pada: 17 Sept 2019
Versi 8.2.2
 
Fiqh WanitaFiqh Wanita

FIQH WANITA

1. SOALAN:

Saya mengalami masalah keputihan. Kadang kala setiap kali saya solat, saya dapat merasakan bahawa keputihan. Kadang kala setiap kali saya solat, saya dapat merasakan bahawa keputihan tersebut keluar daripada kemaluan saya. Sahkah sembahyang saya dan adakah saya perlu mengulanginya semula?

Untuk pengetahuan pihak tuan/ puan saya telah mencuba pelbagai alternatif untuk mengatasi masalah keputihan tersebut.

Adakah sah solat sekiranya keputihan tersebut terkena kepada pakaian seperti seluar?

JAWAPAN:

Keputihan dikira sebagai najis. Jika terkena pada pakaian, badan dan tempat solat maka batallah solat yang dikerjakan. Hukum keputihan adalah sama dengan hukum darah istihadah dan daimul hadath (sentiasa kencing). Berhubung dengan permasalahan yang puan hadapi, jika puan hendak mendirikan solat hendaklah menuruti kaedah-kaedah berikut :

  1. Memastikan keputihan tersebut dibersihkan terlebih dahulu.
  2. Memakai tuala wanita/panty liner yang bersih di permukaan faraj.
  3. Mengambil wuduk setelah masuk waktu solat.
  4. Wuduk yang diambil hanya sah untuk satu solat fardhu atau tawaf fardhu atau rukun dan beberapa sunat.

Ini berdasarkan hadith riwayat Aisyah R.A. yang menyatakan bahawa Fatimah bt Hubaisy datang menemui Rasulullah S.A.W. menceritakan tentang kedudukan darah istihadahnya, lalu baginda bersabda yang bermaksud :

“Mandilah, kemudian berwuduklah bagi setiap (waktu) solat, dan bersolatlah”.

 (Hadith riwayat Abu Daud)

< Kembali