Berita

SIGHAH FATWA
Tarikh : 18 Mar 2013
 

HUKUM SUNTIKAN KOSMETIK BOTOX

PictureMesyuarat mengmabil maklum bahawa kertas ini telah dibentang dan dibincangkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Kali ke 74 pada 25-27 Julai 2006.

Mesyuarat mengambil perhatian mengenai maklumat terkini kajian perubatan yang dikemukakan oleh American Medical Association, Chicago U.S.A dan American Veterinary Medical Association Schaumburg U.S.A berkaitan kandungan Botulinum Toxin Type A.

Berdasarkan maklumat tersebut dan fatwa-fatwa daripada Negara Timur Tengah yang telah dikemukakan. Mesyuarat berpandangan bahawa isu suntikan Botulinum Toxin Type A ini telah jelas mengandungi perkara-perkara yang diharamkan oleh Islam.


Oleh itu, Mesyuarat bersetuju menerima keputusan Muzakrah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Kali ke 74 pada 25-27 Julai 2006 bahawa suntikan Botulinum Toxin Type A adalah haram dan sighah fatwa adalah seperti berikut :

  1. setelah meneliti laporan kajian dari dalam dan luar negara serta hujah-hujah yang jelas dalam pengeluaran fatwa oleh beberapa negara Islam lain, Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya Botox didapati mengandungi bahan-bahan yang meragukan, najis dan diharamkan, antara bahan-bahannya ialah khinzir
  2. Suntikan Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya Botox ini juga didapati boleh memberi mudarat kepada pengguna bagi jangka pendek, jangka panjang dan boleh dimanipulasikan untuk tujuan penipuan
  3. Berdasarkan kepada penemuan-penemuan seperti yang dinyatakan tersebut, Mesyaurat memutuskan bahawa suntikan Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya Botox adalah haram digunakan
  4. Walaubagaimanapun untuk tujuan perubatan, suntikan Botulinum Toxin Type A ini adalah dibenarkan dengan syarat penggunaannya dalam keadaan daruruat dan mengikut keperluan serta dilakukan oleh pakar yang bertauliah

Mesyuarat juga bersetuju agar keputusan ini tidak perlu diwartakan 

Useful Links