Berita

Gerak Kerja Perpustakaan
Tarikh : 28 Dec 2021
 

Penyediaan rujukan yang holistik dan sistematik merupakan aspek penting dalam menjadikan Jabatan Mufti Negeri Sarawak (JMNS) sebagai sebuah pusat rujukan yang berautoriti. Seiring dengan keperluan ini, Bahagian Pusat Sumber telah melaksanakan beberapa siri gerak kerja perpustakaan. Gerak kerja ini melibatkan proses merekod data buku dan proses penyusunan buku. Pendokumentasian rekod buku juga dilaksanakan bagi membolehkan ia dapat diakses oleh pegawai-pegawai yang memerlukan rujukan dengan mudah. 

 

 

 

 

 

 

 

 

Useful Links