Berita

INFO FALAK
Tarikh : 16 Nov 2020  Sumber Berita: Bahagian Falak
 

Falak dan Astronomi adakah ianya sama atau bebeza?

Jika dilihat dari segi bahasa  falak dalam bahasa latin ialah astronomi, yang bermakna ‘ilmu mengenai bintang’. Dalam Al- Quran pula perkataan falak digunakan untuk menunjukkan sesuatu benda yang beredar di langit. Definisi yang lebih jelas tentang ilmu ini dinyatakan oleh Hartman (1987) sebagai ‘Sains yang mengkaji objek-objek di angkasa’. Sebenarnya tidak wujud persoalan berkaitan perbezaan di antara kedua-dua istilah ini. Melihat kepada sejarah perkembangan  ilmu falak dalam masyarakat melayu pada sekitar 1920 an, skopnya hanya tertumpu kepada persoalan ibadah khusus iaitu aspek taqwim dan penentuan arah kiblat, sehingga dekad 1980 an ilmu falak masih terpisah dalam masyarakat melayu sebagai ilmu astronomi.
Astronomi dikatakan ilmu falak moden (barat) yang tidak berkaitan dengan ibadah, manakala ilmu falak  pula ialahilmu  yang berkaitan dengan ibadah khusus umat islam. Sehingga wujud satu definisibaru iaitu falak syarie, yang dikategorikan sebagai ilmu fardhu kifayah. Disinilah astronomi tersisih jauh dari masyarakat Islam.Ilmu falak merupakan ilmu yang dinamik bukan sahaja menjurus kepada wasilah ibadat. Ia sepatutnya merangkumi segala aspek berkaitan sains angkasa, kerana aplikasinya adalah berkaitan dengan keperluan hidup dan ibadah. Jelasnya disini, wujudnya persoalan perbezaan di antara kedua dua istilah ini adalah kerana definisi dan pemahaman yang sempit dikalangan masyarakat islam itu sendiri.

 Sumber : Baharrudin Zainal, Ilmu Falak Edisi Kedua, 2004, Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur

 

Useful Links