EKSPO PUSAT FALAK MIRI (STREET FALAK) 1444H/ 2022M

Dipaparkan pada 21 Nov 2022

Ekspo Pusat Falak Miri atau Street Falak yang bertemakan "Membongkar Misteri Alam" akan diadakan pada 1 Jamadilawal 1444 bersamaan 26 November 2022 (Sabtu/ 7.30 pagi - 10.00 malam) di Pusat Falak Miri, Luak Esplanade Miri. Antara aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan ialah Ceramah Falak, Pameran Falak, Betul Sik Bacaan Al-Fatihah Kamek?, Kitak Tanyak JMS Jawab, Bila Kamek Lahir Dalam Bulan Islam, Edaran Bahan Terbitan JMS, Food Stall, Falak Treasure (Mini Al-Falak), Kuiz Falak, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Water Rocket dan Cerapan Matahari & Langit Malam. Agensi-agensi seperti Sarawak Islamic Information Centre (IIC), Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Jabatan Ukur dan Pemetaan Sarawak dan Universiti Teknologi Sarawak, Sibu juga akan turut serta dalam Pameran Falak pada hari tersebut. Ekspo ini merupakan anjuran Jabatan Mufti Sarawak sempena sambutan Jubli Perak Jabatan Mufti Sarawak. #SemuaDiJemputHadir

Useful Links