Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
 
 
 
 
NAVIGASI              
    PAUTAN                                                            
    NOTIS                                      
    HUBUNGI KAMI                        
Topik Pilihan     Portal Ketua Menteri Sarawak     Terma Dan Syarat     Jabatan Mufti Negeri Sarawak,
FAQs     Portal Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak     Dasar Privasi     Aras 15 Majma Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah,
Peta Laman     Portal Kerajaan Sarawak     Dasar Keselamatan     Lorong P.Ramlee 5 Off Jalan P.Ramlee, 93400 Kuching, Sarawak.
Kod QR     Portal Data Sarawak     Penafian     Telefon: 082-507500
Talikhidmat     Portal Data Terbuka     Notis Hak Cipta     Faksimili: 082-570200/300
Cadangan     Portal Kerajaan Malaysia           Emel: pejabatmufti@sarawak.gov.my
Maklumbalas     Sumber Maklumat Al-Ahkam Al-Fiqhiyyah          

Kemaskini Pada: 17 Nov 2019
Versi 8.2.2
 
Latar BelakangLatar Belakang

LATAR BELAKANG

Secara rasminya, Jabatan Mufti ditubuhkan dan dipisahkan daripada Jabatan Agama Islam Sarawak pada 1 Januari 1997. Sebelum tarikh tersebut keadaan Mufti dan institusi fatwa Negeri Sarawak adalah seperti berikut:-

  • Sebelum Majlis Islam Sarawak ditubuhkan pada 1 Mei 1955, tidak ada badan yang bertanggungjawab berhubung hal ehwal agama Islam di Sarawak.
  • Secara tidak langsung ianya diuruskan oleh Mahkamah Datu' sehingga Majlis Islam Sarawak ditubuhkan.
  • Sebelum tahun 1941, masaalah-masaalah agama telah dirujukkan kepada Datu' Hakim yang secara tidak langsung menjadi Mufti.
  • Mufti dilantik pada 1941 dengan tidak mempunyai Ahli Jawatankuasa Fatwa sehingga pada tahun 1955, barulah ada ahli tersebut.
  • Setelah adanya ordinan (Pemerbadanan) Majlis Islam, perlantikan Mufti dan Ahli Jawatankuasa Fatwa diadakan melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
  • Pada tahun 1963, Sarawak Memasuki Persekutuan Malaysia dan Mufti dilantik oleh Yang Dipertuan Agong atas syor Yang DiPertua Negeri. Akan tetapi Ahli Lembaga Fatwa dilantik oleh Yang Dipertua Negeri dalam Majlis Mesyuarat.