Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
 
 
 
 
 
KEPUTUSAN SIGHAH FATWAKEPUTUSAN SIGHAH FATWA

ANAK TAK SAH TARAF(Sighah Pewartaan Anak Tak Sah Taraf)

Mesyuarat dimaklumkan bahawa Kertas ini dibentangkan untuk mendapat pertimbangan Ahli Lembaga Fatwa Negeri Sarawak untuk tujuan penyelarasan Sighah Fatwa Anak Tak Sah Taraf yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Peringkat Kebangsaan Kali KE-64 pada 27 Julai 2004. Mesyuarat bersetuju menerima Sighah Pewartaan Anak Tak Sah Taraf adalah seperti berikut :

i) Anak zina atau anak di luar nikah (anak tak sah taraf) sama ada diikuti dengan perkahwinan kedua pasangan ibu “bapanya” atau tidak hendaklah dibinkan atau dibintikan kepada “Abdullah”.

ii) “Anak Tak Sah Taraf” ialah :

a) Anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat zina atau rogol dan dia bukan daripada persetubuhan syubhah atau bukan daripada anak perhambaan;

b) Anak yang dilahirkan kurang dari 06 bulan 02 lahzah (saat) mengikut Takwim Qamariah daripada tarikh akad nikah.

iii) “Anak Tak Sah Taraf” tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut. Oleh itu mereka tidak boleh pusaka mempusakai, tidak menjadi mahram dan tidak boleh menjadi wali.

Setelah meneliti pandangan dan cadangan yang dikemukakan, Mesyuarat bersetuju menerima keputusan yang telah diambil oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Peringkat Kebagsaan Kali Ke-64 pada 27 Julai 2004.