| Ekspo Pusat Falak Miri (Street Falak) 1444H/ 2022M
Ekspo Pusat Falak Miri atau Street Falak yang bertemakan "Melestarikan Ilmu Falak Mengangkat Martabat Ummah" akan diadakan pada 1 Jamadilawal 1444 bersamaan 26 November 2022 (Sabtu/ 7.30 pagi - 10.00 malam) di Pusat Falak Miri, Luak Esplanade Miri. Antara aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan ialah Ceramah Falak, Pameran Falak, Betul Sik Bacaan Al-Fatihah Kamek?, Kitak Tanyak JMS Jawab, Bila Kamek Lahir Dalam Bulan Islam, Edaran Bahan Terbitan JMS, Food Stall, Falak Treasure (Mini Al-Falak), Kuiz Falak, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Water Rocket dan Cerapan Matahari & Langit Malam. Agensi-agensi seperti Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (Planetarium Sultan Iskandar), Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Jabatan Ukur dan Pemetaan Sarawak dan Universiti Teknologi Sarawak, Sibu juga akan turut serta dalam Pameran Falak pada hari tersebut. Ekspo ini merupakan anjuran Jabatan Mufti Sarawak sempena sambutan Jubli Perak Jabatan Mufti Sarawak. #SemuaDiJemputHadir |
| Solar Eclipse 101 – National Geographic
A total solar eclipse happens somewhere on Earth once every year or two. What is an eclipse? Learn more about how solar eclipses happen, the four types of eclipses, and how to view the sun safely if you're within the path of totality.
Source: National Geographic
https://www.youtube.com/watch?v=cxrLRbkOwKs |
| Gerhana Matahari Anulus 2019 Bahagian Serian dan Sri Aman, S
Pada 26 Disember 2019, Selatan Johor (Tanjung Piai) dan sebahagian kecil Sarawak (Serian, Sri Aman & Engkilili) berpeluang menyaksikan gerhana matahari cincin kerana berada hampir dengan garis tengah gerhana matahari cincin (center-line). Lokasi yang berhampiran dengan garis tengah gerhana akan dapat melihat gerhana matahari cincin dengan jelas.
https://youtu.be/N3mznnNiO4g |