Berita

Bengkel Astrofotografi & Teleskop 1443/2021
Tarikh : 27 Nov 2021
 

Bengkel Astrofotografi & Teleskop telah dilaksanakan pada 18-20 Rabiulakhir 1443 bersamaan 23-25 November 2021 di Damai Beach Resort Santubong, Kuching. Penceramah yang dijemput dalam bengkel ini ialah Ustaz Agku Bolkizan bin A Ahmad Thani dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Labuan. Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini dapat memperkasakan kemahiran dan kecekapan penggunaan teleskop dalam kalangan pegawai dan meningkatkan kemahiran merakam imej hilal dan objek-objek samawi dengan baik melalui peralatan teleskop dan kamera. 

Penceramah berpuas hati dengan prestasi para peserta ketika proses pemasangan teleskop kerana kesemua peserta berjaya memasang teleskop dengan baik. Para peserta juga diajar untuk stacking gambar menggunakan video yang diambil ketika proses cerapan. Beberapa gambar matahari yang menampakkan solar flare dan lekuk pada bulan telah dihasilkan oleh para peserta. 

Bengkel ini ditangguhkan oleh Sahibul Fadhilah Ustaz Haji Mual bin Haji Suaud, Pengarah Jabatan Mufti Negeri Sarawak dan dalam ucapannya, beliau berharap supaya bengkel ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. 








Ustaz Agku Bolkhizan bin A Ahmad Thani







Useful Links