Berita

WEBINAR FALAK SYARIE SIRI 1 1442/2021
Tarikh : 30 Mar 2021
 

 

Oleh: Ustazah Anis A’qilah

 

Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Sarawak (JMNS) telah mengadakan Webinar Falak Syarie untuk mendedahkan asas ilmu falak kepada pegawai Jabatan Mufti Negeri Sarawak khususnya kepada pegawai yang baharu.

Tiga sesi pembentangan telah berlangsung melibatkan tiga tokoh falak di Malaysia iaitu :


1.    Ustaz Haji Hanafiah bin Abdul Razak (Imam Masjid Kota Iskandar, Johor)

       Tajuk: Falak dan Alam


2.    Ustaz Mohamad Faizal bin Jani (Jabatan Mufti Negeri Perak)

       Tajuk: Kitab MukhtasarI lmu Falak


3.    Prof. Madya Dr. Baharuddin bin Zainal (Universiti Sultan Zainal Abidin - UniSZA)

       Tajuk: Pengurusan Falak di Malaysia

 

Program yang penuh dengan ilmu ini telah memberi ruang untuk pegawai JMNS memahami kepentingan ilmu falak terutama hubung kaitnya dengan alam ciptaan Allah SWT disamping menghayati kebesaran dan keagungan-Nya. Dalam kupasan berkaitan Kitab Mukhtasar Ilmu Falak, peserta dapat mengetahui aplikasi ilmu falak dalam ibadah khususnya dalam kaedah penentuan waktu solat, arah kiblat, dan penyusunan takwim hijri. Selain itu, peserta juga didedahkan tentang mekanisme pengurusan falak di Malaysia dan badan-badan berautoriti dalam hal ehwal Falak di Malaysia seperti Jabatan Mufti Negeri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), dan lain-lain lagi.

Webinar seperti ini banyak memberi manfaat kepada jabatan dalam meningkatkan kompetensi dan kemahiran pegawai dalam bidang Falak selaras dengan halatuju jabatan untuk memperkasakan bidang falak.

Useful Links