Berita

BENGKEL PELAPORAN BALANCED SCORECARD 2020 DAN PEMURNIAN BALANCED SCORECARD 2021
Tarikh : 30 Mar 2021
 

 

 Oleh: Pn. RozanaHasbi



       

 

Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Mufti Negeri Sarawak (JMNS) telah mengadakan Bengkel Pelaporan Balanced Scorecard 2020  (BSC 2020) dan Pemurnian Balanced Scorecard 2021 (BSC 2021) bertempat  di Damai Beach Resort, Santubong pada 20 hingga 21 Mac 2021. Bengkel ini dihadiri oleh Yang Berbahagia Datu Mufti, Pengarah JMNS, Ketua-ketua Penolong Mufti JMNS dan beberapa pegawai-pegawai JMNS yang terlibat.


Bengkel ini bertujuan untuk menilai pencapaian BSC 2020 di samping mengenal pasti perkara yang boleh ditambah baik dalam penyediaan rangka BSC 2021. Dalam bengkel dua hari ini setiap  pegawai bertanggungjawab (KPI Owner) terhadap sasaran (KPI) yang telah ditetapkan oleh jabatan telah membentangkan laporan akhir KPI masing-masing. Sesi kedua adalah perbincangan kumpulan setiap KPI Owner untuk menyediakan KPI mengikut bahagian masing-masing.


Alhamdulillah, hasil bengkel ini telah berjaya merangka BSC 2021 JMNS selaras dengan Pelan Strategik JMNS 2020-2014. Ia menjadi wadah memperkasa perkhidmatan JMNS seiring hasrat kerajaan ke arah perkhidmatan awam bertaraf dunia.

Useful Links