Berita

BENGKEL GARIS PANDUAN PENULISAN JABATAN MUFTI NEGERI SARAWAK
Tarikh : 29 Mar 2021
 

 

Oleh: En. Fahmi Nazrin Bin Abdul Karim


         


Bahagian Pusat Sumber, Jabatan Mufti Negeri Sarawak (JMNS) dalam usaha meningkatkan kualiti penulisan bahan terbitan jabatan telah mengadakan satu Bengkel Garis Panduan Penulisan (Penulisan Dalam Majalah Dan Buku). 

Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta terhadap keperluan dalam sesebuah penulisan laporan dan rencana, penerbitan buku dan juga penulisan kreatif. 

Bengkel ini dikendalikan oleh Encik Ja'afar bin Haji Hamdan, Timbalan Pengarah Pengembangan Bahasa dan Encik Mohamad Faizal bin Jamil, Penolong Perancang Bahasa dan kedua-duanya adalah dari Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak. Bengkel yang dirasmikan sendiri oleh Pengarah Jabatan Mufti Negeri Sarawak, Ustaz Haji Mual Bin Haji Suaud. 

Sepanjang bengkel berlangsung peserta berpeluang untuk mempelajari tentang format dan kaedah rencana, berita dan laporan. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan penghasilan penulisan menggunakan kaedah retorik untuk menarik minat pembaca serta penulisan kreatif melibatkan penulisan puisi dan sajak. 

Dengan adanya bengkel seumpama ini, ia dapat membantu JMNS dalam menyediakan satu garis panduan penulisan yang standard untuk menghasilkan penulisan yang berkualiti dan berkesan. 

Useful Links