Berita

BENGKEL PEMURNIAN MODUL PROGRAM JABATAN MUFTI NEGERI SARAWAK
Tarikh : 20 Mar 2021
 

 

 

Ucapan alu-aluan daripada Pengarah JMNS


Bengkel Pemurnian Modul Program Jabatan Mufti Negeri Sarawak merupakan inisiatif bagi membangunkan modul-modul setiap bahagian. Inisiatif ini bertitik tolak dari Bahagian Dakwah, Pelan Tindakan Majlis Islam Sarawak (PTMIS) bagi menstrukturkan setiap program yang akan dijalankan oleh setiap bahagian. Bengkel ini telah diadakan pada 18 hingga 19 Mac 2021 bertempat di Dewan Perpaduan, Merdeka Palace Kuching.

Bengkel ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Yang Berusaha Sahibul Fadhilah Ustaz Haji Mual Bin Haji Suaud. Setiap modul dilakukan oleh pegawai yang dipertanggungjawabkan. Sebanyak 20 modul telah dibentang melibatkan bahagian Fatwa, bahagian Falak dan bahagian Khidmat Pengurusan. Setiap modul dibincang dengan teliti dari segi pengisian termasuk rasional, objektif, jangka masa, kumpulan sasar, kemahiran dan penilaian selepas setiap program dijalankan.

Program ini dapat memastikan bahawa setiap program yang akan diadakan menjadi lebih berstruktur dan akan dijadikan sebagai garis panduan yang telah ditetapkan. Modul yang dibina boleh dirujuk semula dan diperbaiki dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian.

Useful Links