Berita

KENAMPAKAN HILAL PERTAMA JABATAN MUFTI NEGERI SARAWAK BAGI TAHUN 2021
Tarikh : 15 Mar 2021
 

Pegawai-pegawai bahagian Falak yang bertugas ketika cerapan

Rukyah Hilal merupakan program bulanan yang perlu dilaksanakan oleh bahagian Falak untuk melihat anak bulan dan mengumpulkan data kenampakan hilal bagi keperluan kajian Bahagian Falak. Program ini dilaksanakan setiap 29 dan 30 haribulan hijri. Rukyah Hilal Syaaban dilaksanakan oleh 12 orang kakitangan Jabatan Mufti Negeri Sarawak.

Pada hari pertama rukyah tidak dapat dijalankan kerana keadaan cuaca yang berawan tebal dan hujan lebat. Keadaan ini mempengaruhi kenampakan hilal kerana peralatan optik seperti teleskop tidak dapat digunakan. Pada hari kedua pula, hilal dapat dilihat pada jam 7.13 petang.

Kesimpulannya, dengan terlihatnya kenampakan hilal Syaaban 1442, maka data rukyah hilal dapat dikumpulkan dan program ini mencapai objektifnya.



Useful Links