Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
 
 
 
 
 
Forum "Alam Indah Milik Yang Maha Agung" & Falak Fit Toriq
Tarikh : 16 Jul 2019
 

Pada 14 Julai 2019M bersamaan 11 Zulkaedah 1440H, Jabatan Mufti Negeri Sarawak telah melaksanakan Forum berkaitan ilmu falak di Masjid Bandar Sri Aman bermula selepas solat Maghrib berjemaah. Panel forum terdiri daripada pegawai -pegawai dari Jabatan Mufti Negeri Sarawak iaitu Ustaz Haji Razalie bin Haji Hussaini dan Ustaz Haji Mohd Syarifudin bin Abdul Kadir serta moderator Ustaz Haji Ahmad Zambri Shah bin Mohd Jeman.Program ini turut diisi dengan aktiviti cerapan langit malam menggunakan teleskop selepas solat Isya berjemaah. Jemaah yang hadir berpeluang menyaksikan dua planet yang terbesar iaitu Saturn dan Jupiter pada masa yang sama.