Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
 
 
 
 
 
Program Al-Falak Tahun 1440H / 2019M @ SMK Lingga, Sri Aman
Tarikh : 16 Jul 2019
 

Pada tahun 2019, sekali lagi program Al-Falak 2019 diadakan bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Lingga, Sri Aman bermula 12 hingga 14 Julai 2019M bersamaan 9 hingga 11 Zulkaedah 1440H. Ini adalah program yang ke – 10 yang telah dilaksanakan oleh Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Sarawak. Seramai 100 orang pelajar dari 10 buah sekolah di Daerah Sri Aman dan Betong turut serta dalam program ini. Program yang berasaskan 'fun learning' ini diselitkan degan pelbagai aktiviti di samping menanamkan sifat kerjasama antara pelajar sekolah.