Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
 
 
 
 
 
Iftar Jamaie Bersama Mufti Negeri Sarawak
Tarikh : 28 May 2019
 

Alhamdulillah, Ramadhan kali ini Iftar Jamaie Saudara Baru Bersama Mufti Negeri Sarawak di Kampung Jagoi Duyoh, Jalan Serikin Bau telah dilaksanakan dengan jayanya dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk Kampung Jagoi Duyoh dan penduduk di kampung sekitarnya.

Program dimulakan dengan tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohammad Syarifuddin Bin Abdul Kadir sementara menunggu waktu berbuka. Selesai sahaja solat sunat tarawih, program diteruskan dengan sumbangan untuk golongan asnaf dan tidak lupa juga duit raya untuk kanak-kanak.

Semoga program sebegini dapat diteruskan di samping mengukuhkan hubungan antara satu sama lain.