Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
 
 
 
 
 
PROGRAM AL-FALAK 1441H/2020M
Tarikh : 09 Mar 2020
 

Pada 6-8 Mac 2020M bersamaan 11-13 Rejab 1441H, Jabatan Mufti Negeri Sarawak telah mengadakan Program Al-Falak 1 1441H/2020M yang bertempat di Pusat Islam Tun Abang Salahuddin, UNIMAS. Program ini telah disertai oleh 100 orang mahasiswa dan mahasiswi. Tujuan program ini diadakan ialah untuk mengenali Allah SWT melalui penghayatan Ilmu Falak, memantapkan Akidah dengan pengetahuan melalui Ilmu Falak, memperkenalkan aktiviti Falak di IPTA serta menanam minat berkaitan Falak di kalangan pelajar IPTA. Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini amat memuaskan hati terutamanya bagi mahasiswa dan mahasiswi yang baru mengenali Ilmu Falak.