Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
 
 
 
 
 
Perbincangan Garis Panduan Awal Pengimejan Anak Bulan Bagi Kajian Fatwa JAKIM
Tarikh : 15 Sep 2020
 

Pada 14 September 2020M bersamaan 27 Muharam 1442H, JMNS telah menerima kunjungan daripada Dr Mohamaddin Abdul Niri (Pensyarah Kanan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya) dan En. Mohammad Redzuan Tahar (Pegawai Penyelidik, Malaysia Space Agency) di Bilik Mesyuarat Utama, JMNS. Tujuan perbincangan ini diadakan adalah untuk mewujudkan garis panduan yang jelas dalam mengistinbatkan kenampakan anak bulan dari perspektif syariah dan astronomi.