Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
 
 
 
 
 
Semarak Jawi
Tarikh : 28 Aug 2020
 

       “Takkan Melayu Hilang di Dunia” merupakan kata-kata yang sering bermain di lidah melayu. Ia menggambarkan harapan kita agar tulisan Jawi masih mampu dikekalkan dan dikenali oleh anak-anak muda masa kini seiring dengan arus pembangunan era globalisasi.

       Oleh itu Jabatan Mufti Negeri Sarawak mengambil inisiatif dengan mengadakan program Semarak Jawi bertempat di Hotel Pullman pada 25 dan 26 ogos 2020. Program ini diadakan bertujuan;

i. Tulisan Jawi kekal di dunia dan tidak pupus ditelan zaman

ii. Memperkenalkan tulisan jawi yang standard berdasarkan pedoman ejaan yang diselaraskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

iii. Mengetahui isu-isu berkaitan dengan tulisan jawi.

iv. Menanamkan  minat dan cinta akan tulisan jawi sebagai warisan negara

Antara pengisian program ini adalah, penjelasan tentang sejarah tulisan jawi, pendedahan kepada sistem tulisan dan ejaan jawi yang di sempurnakan, Ejaan Mengikut Hukum & Penulisan Angka, Ejaan Kata Serapan Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris serta Isu-Isu Tulisan Jawi.

 Semoga dengan adanya Program Semarak Jawi ini, ia dapat menjadi medan perkongsian  ilmu dan kepakaran dalam bidang penulisan tulisan Jawi. Program ini juga diharap berupaya menghasilkan individu yang mahir dan cekap dalam kaedah penggunaan tulisan Jawi yang betul.