Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
 
 
 
 
 
PROGRAM SENTUHAN ROHANI
Tarikh : 29 Oct 2019
 

Program Sentuhan Rohani anjuran Jabatan Mufti Negeri Sarawak dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Sarawak (AADK) Daerah Kuching telah diadakan pada 25-27 Oktober 2019 bertempat di Kem Sumiran, Rantau Panjang, Batu Kawa.

Program yang menyasarkan golongan belia ini disertai oleh 27 orang peserta yang dalam pengawasan pihak AADK. Objektif program ini ialah untuk membangunkan modal insan dalam diri peserta dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani dan memberi peluang kepada diri mereka untuk terus berubah dan menjauhi najis dadah.