Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 28 Apr 2017
Versi 8.0.1
Jumlah Pelawat
397259
Haji & UmrahHaji & Umrah

HAJI DAN UMRAH

1. SOALAN:

Saya telah mengerjakan haji pada tahun 2006 yang lalu. Masalah saya ialah : Semasa melontar, saya telah melontar ketiga-tiga jamrah itu dengan 7 biji batu sekaligus ..Apakah keadaan haji saya ? Sah ? Perlukah saya bayar dam ? Dimana  bayar dam, tanah haram atau Malaysia ? Tolong jelaskan ....terima kasih.

JAWAPAN:

Mengikut pendapat jumhur ulama’, hendaklah tujuh lontaran bagi setiap jamrah itu dilakukan satu-satu, iaitu tujuh kali lontar. Disamping itu hendaklah tertib dan teratur di antara semua jamrah; dimulakan dengan Wusta dan diikuti dengan jamrah ‘Aqabah. Semua ini adalah mengikut sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. Oleh itu sekiranya lontaran ini dilakukan tanpa mengikut tertib yang telah dinyatakan, misalnya memulakan dengan melontar Jamrah ‘Aqabah atau Jamrah Wusta, maka hukumnya tidak memadai. Ini kerana Nabi S.A.W. mengerjakannya dengan mengikut tertib di samping penegasan Baginda dengan sabdanya:

“Ambillah cara ibadah kamu daripadaku”.

(Fiqh & Perundangan Islam (Jil.III – Wahbah Zuhaili)  m/s : 209)


Walaubagaimanapun, haji yang telah dilaksanakan adalah sah dan dikenakan dam kerana tidak menempurnakan wajib haji. Dam yang dikenakan adalah mengikut tertib seperti berikut:


1. Menyembelih seekor unta, sapi,atau kambing dan dagingnya dibagi-bagikan kepada fakir miskin yang ada di tanah haram; FIrman Allah S.W.T.

Maksudnya: “Dan sesiapa di antara kamu yang membunuhnya dengan sengaja maka dendanya (menggantinya) dengan binatang ternak yang sama dengan binatang buruan yang dibunuh itu, yang ditetapkan hukumnya oleh dua orang yang ada di antara kamu, sebagai sembelihan yang disampaikan ke Kaabah (untuk disembelih dan dibahagikan kepada fakir/miskin di Tanah Suci)”

(Al-Maidah : 95)


2. Jika tidak mampu maka berpuasalah 10 hari (3 hari di Mekah dan 7 hari di kampung halamannya).

 


2. SOALAN:

Adakah sah sesorang itu menunaikan haji /umrah sedangkan wang tersebut adalah pemberian secara ikhlas dari seorang sahabat karib yang bukan beragama islam?

JAWAPAN:

1.  Haji/ umrah tersebut sah dan menerima sumbangan daripada orang bukan  Islam adalah harus dimana menerima pemberian dari orang kafir adalah satu bentuk muamalat yang baik sebagaimana firman Allah S.W.T. :

Maksudnya: “Allah tidak menegah kamu dari berbuat baik dan berlaku adil kepada orang orang kafir yang tidak memerangi kamu dan tidak menghalau kamu dari tanah air kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.”  

(Al-Mumtahanah : 8)

Rasulullah S.A.W. juga pernah menerima hadiah daripada para raja yang bukan Islam. Imam as-Syaukani ada menyebutkan hadith Ali bin Abi Thalib R.A. berkenaan hal ini seperti berikut:

Maksudnya: “Daripada Ali bin Abi Thalib R.A. beliau berkata: Bahwa Kisra (Raja Persia) pernah memberi hadiah kepada Rasulullah S.A.W. lalu beliau menerimanya. Kaisar (Raja Romawi) pernah pula memberi hadiah kepada Rasulullah S.A.W. lalu beliau menerimanya. Para raja (al-muluk) juga memberi hadiah kepada beliau lalu beliau menerimanya.”

(Hadith Riwayat Ahmad dan At-Tirmidzi)


3. SOALAN:

Pada mulanya kita memijamkan wang dari bank dengan niat untuk membuat/ membaiki rumah dan jua untuk pelajaraan anak-anak,apabila pinjaman itu diluluskan dan wang sudah dikeluarkan kita telah mengubah niat untuk menunaikan fardhu haji /umrah. Soalan saya yang mana satu dulu harus saya tunaikan?

JAWAPAN:

Wang yang dipinjamkan itu adalah harus dibelanjakan untuk kedua-dua tujuan tersebut. Namun tuan dinasihatkan untuk mengutamakan keperluan asas terlebih dahulu. Kerana kewajipan menunaikan haji adalah bagi orang yang mampu.


< Kembali