Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 23 Sept 2018
Versi 8.1.1a
TaharahTaharah

TAHARAH

1. SOALAN:

Saya ingin menanyakan persoalan mengenai wuduk. Adakah sah sekiranya kita mengambil wuduk di dalam bilik mandi yang mempunyai tandas di dalamnya. Sekiranya sah, bagaimana tatacara yang sepatutnya kita lakukan?

Kedua, saya menanyakan adakah batal wuduk saya (lelaki) sekiranya bersentuhan sesama adik beradik perempuan atau ibu.

Ketiga, Sekiranya seseorang perempuan itu dalam keuzuran (haid), bolehkah dia membaca ayat-ayat dari Al-Quran? Contohnya surah -surah lazim, potongan-potongan ayat Al-Quran dengan niat untuk menghafal.

JAWAPAN:

Untuk pengetahuan pihak tuan, wuduk tuan adalah sah walaupun bilik mandi tersebut mempunyai tandas didalamnya.

Wuduk tuan sekiranya bersentuhan dengan adik-beradik perempuan atau ibu hukumnya adalah tidak batal dan pihak tuan disarankan agar membaca buku-buku panduan asas mengenai ibadah solat.

Seseorang perempuan yang dalam keuzuran (haid) tidak boleh membaca ayat-ayat Al-Quran walaupun dengan niat untuk menghafal. Sekiranya untuk berdoa dan wirid adalah dibolehkan.

 

2. SOALAN:

Hukum anjing berdekatan rumah. Bagaimana dia berdiri tepi kita?

JAWAPAN:

Jika anjing tersebut tidak bersentuhan dengan manusia tidaklah menjadi masalah. Jika sekiranya bersentuhan hukumnya seperti berikut :

1. Jika anjing/manusia yang bersentuhan itu kedua-duanya dalam keadaan kering tidak perlu disamak.

2. Jika salah satu daripada keduanya sama  ada anjing atau manusia yang bersentuhan dalam keadaan yang basah hendaklah disamak.