Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 23 Sept 2018
Versi 8.1.1a
MakananMakanan

MAKANAN

SOALAN:

Apa hukumnya memakan ketam sedangkan haiwan tersebut hidup 2 alam? Untuk pengetahuan Ustaz, di perkampungan nelayan, ketam adalah sumber pendapatan mereka. Bolehkan Ustaz terangkan dengan lebih jelas jenis2 ketam tersebut.

JAWAPAN:

Kekeliruan yang timbul dalam masyarakat kita adalah berkaitan dengan nama dan jenis ketam. Tidak semua ketam hidup 2 alam, contohnya ialah ketam bakau dan ketam suri . kedua-duanya adalah harus untuk dimakan.

Adapun ketam yang hidup dua alam dan haram dimakan ialah ketam kalok, dimana ketam kalok ini badannya berbulu, boleh memanjat pokok kelapa, mengoyakkan sabutnya serta boleh hidup lama di darat dan dilaut. Ketam kalok ini haram dimakan kerana hidup dua alam.

< Kembali