Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 23 Sept 2018
Versi 8.1.1a
KuburKubur

KUBUR

SOALAN:

Saya ingin mengetahui hal jenazah yang hendak dikuburkan. Macam mana kedudukan jenazah waktu dimasukkan ke dalam kubur? Ada tak cara yang khusus waktu ngulur jenazah tersebut ke dalam kubur.sekian.

JAWAPAN:

Untuk Persoalan yang dikemukakan oleh pihak tuan, kami nyatakn kata-kata ulama’ berkaitan dengan masalah ini, iaitu :

Imam al-Nawawi Rahimahullah menyebut di dalam kitabnya al-Majmu’ Syarhu Al-Muhazzab bahwa :

”...disunatkan memasukkan jenazah ke dalam kubur melalaui bahagian kaki kubur iaitu hujung kedudukan kaki jenazah didalam kuburnya. Dan disunatkan membaca ‘bismillahi waa ‘ala millati rasulillah’ atau bismillah wa ‘ala sunnati Rasulillahi Sallallahu ‘alaihi wa sallam’ ketika menurunkan jenazah ke dalam kubur...”

[Kitab al-majmu’ syarhu al-Muhazzab, jilid 5, m/s 292, Mkatabah al-Salafiyyah]

 

Berkenaan dengan cara meletakkan jenazah di dalam kubur, Imam Nawawi Rahimahullah juga menyebut bahawa :

Wajib menghadapkan mayat ke arah kiblat ketika meletakkannya  di dalam kubur, dan inilah pendapat mazhab (as-syafi’i) dan jumhur ulama”

[Kitab al-majmu’ syarhu al-Muhazzab, jilid 5, m/s 292, Mkatabah al-Salafiyyah]

 

Syeikh al- Allamah Muhammad ibn Soleh al- ‘Utsaimin pula menyebutkan bahawa:

“Sunat dibaringkan mayat di sebelah lambung kanannya (mengiring sebelah kanan) dan wajib menghadapkan mayat  ke arah kiblat kerana Nabi S.A.W. pernah bersabda: Kaabah adalah kiblat kamu ketika hidup dan ketika mati”

[kitab fatawa fi Ahkam al-Janaiz, m/s 182, cetakan pertama Dar al-Tsurayya li al-nasyr wa al-tauzi’, Riyadh 2003M/1423H]

< Kembali