Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 18 Jun 2018
Versi 8.0.4b
AuratAurat

AURAT

1. SOALAN :

Salam, saya mahu bertanyakan batas aurat abang dan adik tiri perempuan?..dan batas aurat adik tiri dan ayah tiri?..serta hukum perkahwinan antara abang dan adik tiri, terima kasih.

JAWAPAN :

Dalam Surah an-Nisaa’ ayat 23, Allah S.W.T beerfirman yang bermaksud:

“Diharamkan atas kamu (mengahwini) ibu-ibumu; anak-anak perempuan kamu; adik-beradik perempuan kamu; adik-beradik perempuan bapa kamu; adik-beradik perempuan ibu kamu; anak-anak perempuan dari adik-beradik kamu; ibu-ibumu yang menyusui kamu; saudara perempuan sepersusuan; ibu-ibu isterimu (mertua); anak-anak isterimu yang dalam pemeliharaanmu dari isteri yang telah kamu campuri, tetapi jika kamu belum campur dengan isterimu itu (dan sudah kamu ceraikan), maka tidak berdosa kamu mengahwininya; (dan diharamkan bagimu) isteri-isteri anak kandungmu (menantu); dan menghimpunkan (dalam perkahwinan) dua perempuan yang bersaudara, kecuali yang telah terjadi pada masa lampau; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

(an-Nisaa’:23)

Mahram terjadi adalah kerana TIGA sebab:

1. Mahram Kerana Keturunan, iaitu:

a)    Ibu dan bapa kandung, termasuk nenek dan seterusnya ke atas.

b)    Anak-anak kandung (anak, termasuk cucu dan seterusnya ke atas) dan anak-anak tiri yang ibu atau bapanya telah disetubuhi.

c)    Adik-beradik kandung dan adik-beradik seibu atau sebapa.

d)    Adik-beradik ayah dan ibu dan seterusnya ke atas.

e)    Anak suadara iaitu anak kepada adik-beradik.

2. Mahram Kerana Perkahwinan, iaitu:

a)    Ibu bapa mertua.

b)    Menantu.

3. Mahram Kerana Susuan, iaitu saudara sesusuan.

Berkaitan dengan kemusykilan yang diutarakan, sekiranya adik-beradik tiri itu bukan seibu dan bukan sebapa, maka auratnya adalah seperti dengan aurat bukan mahram kerana mereka bolah berkahwin.


2. SOALAN:

Bagaimana dengan jiran kita yang tak menutup aurat?

JAWAPAN:

Kewajipan menutup aurat adalah tuntutan di dalam agama. Sekiranya kita mampu untuk mengubahnya, maka itu adalah lebih baik tetapi dengan penuh berhikmah. Dalam satu hadis daripada Abu Sa’id al-Khudri R.A., bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa di kalangan kamu yang melihat satu kemungkaran, maka ubahlah ia dengan tangannya (kuasanya), sekiranya tidak mampu, maka dengan lidahnya (nasihat), sekiranya tidak mampu, maka dengan hatinya(membenci kemungkaran tersebut), dan ia adalah selemah-lemah iman. ”


3. SOALAN:

Bersentuhan tangan antara lelaki adalah haram. Apakah hukumnya jika kita bersalaman dengan yang bukan mahram pada sesuatu majlis?

 

JAWAPAN:

Dr. Yusuf Al-Qardawi menjelaskan bahawa sebahagian ulama' pada masa kini yang menyatakan haram bersalaman antara kaum lelaki dengan kaum perempuan yang bukan mahram adalah bersandarkan hadis yang diriwayatkan oleh at-Tabrani dan al-Baihaqi daripada Ma'qil bin Yassar daripada Nabi S.A.W., baginda bersabda yang bermaksud :

“ Mana-mana di kalangan kalian yang mencucuk kepalanya dengan jarum besi adalah lebih baik baginya daripada dia menyentuh perempuan yang tidak halal untuknya”

Al-Munzhiri dalam At-Targhib menyatakan bahawa perawi-perawi hadis at-Tabrani adalah tsiqah (dipercayai) dan sahih.

Al-Qardawi seterusnya menyatakan bahawa semata-mata sentuh tidaklah haram, iaitu apabila didapati sebab-sebab yang memerlukan percampuran sebagaimana yang berlaku antara Nabi S.A.W. dengan Ummu Haram dan Ummu Sulaim dan keadaan ketika itu pula adalah aman dari fitnah dan syahwat.

Sekiranya dikhuatiri berlaku fitnah kepada mana-mana pihak yanag terlibat atau disertai syahwat dan kelazatan, maka ketika itu hukum bersalaman adalah haram tanpa ada syak lagi.

Begitu juga bersalaman antara seorang lelaki dengan seorang pemuda di sesetengah situasi dan di sisi sesetengah orang bersalaman dengan mereka ini lebih merbahaya daripada perempuan, maka hukumnya juga adalah haram.

Kesimpulan yang kita boleh ambil ialah sewajarnya kita membataskan bersalaman di tempat yang perlu sahaja seperti dengan kaum kerabat yang mempunyai hubungan yang kuat dan terdekat. Tidaklah elok terlampau meluaskan perkara seperti ini sebagai penutup pintu fitnah. Adalah lebih baik dan afdal bagi seorang muslim dan muslimah yang mempunyai didikan agama supaya tidak memulai untuk bersalaman antara satu sama lain. Tetapi jika dihulurkan tangan terlebih dahulu untuk bersalaman dan memenuhi syaratnya, bolehlah bersalaman.

< Kembali